Kaffarah melanggar sumpah dan kaffarah tidak menunaikan nazar

Kaffarah Melanggar Sumpah

Dalil: Firman Allah ﷻ:

“Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah- sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum ugama-Nya) supaya kamu bersyukur”

Surah al-Maidah Ayat 89

Sumpah dari segi istilah bermaksud sesuatu lafaz yang menguatkan sesuatu perkara dengan disabitkan menyebut bersamanya nama Allah atau sifat-Nya dengan lafaz yang khusus (Al-Fiqh al-Manhaji Ala al-Mazhab al-lmam as-Syafi’ie. Cetakan Dar al-KaIam Damsyik JiI. 1 445). Hal ini tidak termasuk dalam sumpah yang sia-sia iaitu sumpah yang biasa pada lidah tanpa tujuan penegasan sesuatu perkara atau menguatkannya (Ibid 445).

Syarat sumpah. Sah sesuatu itu dianggap sumpah sekiranya memenuhi syarat berikut (Ibid 449):

  1. Waras dan baligh
  2. Bukan sumpah yang sia-sia seperti seseorang berkata bahkan, demi Allah, tidak wallahi dan seumpanya yang memang terbiasa pada lidah tanpa sebarang tujuan (qasad) yang banyak berlaku di kalangan orang ramai.
  3. Bersumpah dengan menyebut zat Allah seperti aku bersumpah dengan zat Allah, atau dengan menyebut nama Allah yang khas bagi-Nya seperti aku bersumpah demi tuhan yang maha permurah atau dengan menyebut sifat Allah seperti aku bersumpah demi kemuliaan-Nya.

Kaffarah yang dikenakan ke atas orang yang melanggar sumpahnya iaitu:

  1. Memberi makan 10 orang Miskin, setiap orang miskin 1 cupak makanan asasi (Fathu al-Qarib al-Mujib Fi Syarhi Alfaz at-Taqrib. Muhammad bin Qasim al-Gha Zi. Cetakan Syarikat al-Quds 415). Iaitu memberi makan bermaksud memberi milik kepadanya dan tidak memadai dengan mengundang mereka menikamati jamuan makan dan seumpanya menurut /Umhordan kadarnya adalah satu cupak sebagaimana zakat fitrah. Menurut Mazhab Hanafi mengundang mereka makan adalah harus dan kadar adalah setengah gantang iaitu 2 cupak (Fiqh al-lslami Wa Adillatuh. Dr. Wahbah az-ZuhaiIi. Cetakan Darul al-Fikr Jil. 3 492 dan 493).
  2. Memberikan pakaian yang biasa dipakai kepada 10 orang miskin. Pakaian iaitu sesuatu yang selayaknya dipanggil pakaian. Sepakat fuqaha menyatakan tidak sah jika hanya kasut, songkok , stokin kerana dengan yang demikian tidak dikatakan sebagai berpakaian melainkan perlu berbaju (Ibid 496).
  3. Memerdekakan seorang hamba beriman, lelaki atau perempuan.

Jika tidak mampu mana-mana di atas wajib berpuasa selama 3 hari tanpa disyaratkan berturut-turut (Fathu al-Qarib al-Mujib Fi Syarhi Alfaz at-Taqrib. Muhammad bin Qasim al-Ghazzi. Cetakan Syarikat al-Quds 415).

Kaffarah Nazar

DaIil: Hadis daripada Uqbah bin Amir, sabda Rasulullah ﷺ:

“Kaffarah nazar ialah kaffarah sumpah”

Riwayat Imam Muslim

Nazar dari segi istilah iaitu membuat iltizam untuk melakukan sesuatu kebajikan yang tidak wajib dari segi syarak samada dikaitkan dengan sesuatu atau tidak (AI-Fiqh al-Manhaji Ala al-Mazhab al-lmam as-Syafi’ie. Cetakan Dar al-KaIam Damsyik JiI.1 457).

Syarat sah sesuatu perkara yang dinazarkan (lbid 462):

  1. Perkara kebajikan/kebaikan untuk tujuan mendekatkan diri kepada Allah.
  2. Bukan perkara fardhu ain kerana tidak memberi kesan kepada perkara yang dinazarkan kerana ia sememangnya telah wajib pada asalnya tanpa perlu bernazar.

Kaffarah yang dikenakan sebagaimana kaffarah sumpah.

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang – Kaffarah

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir