Your cart is currently empty!
Celik Tafsir
Temui rujukan Celik Tafsir di sini.
Bagaimana Nabi Muhammad ﷺ disihir?
Ada riwayat yang menceritakan bagaimana Nabi Muhammad ﷺ telah disihir. Maka sihir ini memang benar-benar ada dan boleh terjadi kepada kita.
Apabila barang hilang
Kita selalu dengar dan mungkin terjadi kepada kita sendiri, barang hilang, barang kena curi dan sebagainya. Bukan sahaja barang hilang, kadang kala kita kehilangan ahli keluarga, kesihatan kita pun hilang juga, bukan? Apakah yang perlu kita fikirkan dan apakah usaha kita dalam perkara ini?
Salah guna Asma Allah hanya untuk tujuan tertentu
Mengulang-ulang menyeru Asma’ Allah dan cara tawassul Asma’ Allah yang sepatutnya.
Salah guna ayat Al-Qur’an hanya untuk halau jin dan syaitan
Ramai yang menggunakan potongan ayat untuk menghalau jin & syaitan. Atau mereka akan mengamalkan ayat-ayat tertentu sebagai ‘pendinding’ dari jin syaitan.
Salah guna ayat Al-Qur’an hanya untuk tujuan tertentu
Ada masalah dengan amalan-amalan sebegini mungkin kerana itu ramai yang sangka ianya tidak salah memandangkan ianya adalah ayat Qur’an.
Doa ahli A’raf tidak bersama orang-orang yang zalim
Surah al-A’raf Ayat 47. Apabila mereka nampak ahli neraka, mereka cepat-cepat berdoa supaya mereka tidak dimasukkan jadi golongan ahli neraka itu. Kerana mereka itu sedang duduk di tengah, maknanya mereka boleh jatuh ke neraka atau naik ke syurga.
Doa Ibaadur Rahman dikurniakan isteri & anak yang menyenangkan hati
Surah Furqan Ayat 74. Kerana doa ini masyhur, tapi adakah mereka yang membacanya faham apa yang dibaca?
Doa keampunan hamba dan terpelihara dari azab neraka
Surah Ali-Imran Ayat 16. Ini adalah sambungan tentang hamba yang sedang menuju ke syurga seperti yang telah disebut dalam ayat sebelum ini. Inilah sifat dan doa mereka.
Doa kesejahteraan Nabi Isa pada hari lahirnya
Ayat ini sebagai pernyataan bahawa baginda juga adalah hamba Allah ﷻ seperti yang lain dihidupkan, dimatikan dan akan dibangkitkan kembali.