Inilah Doaku

Ini adalah cetakan yang ketiga dengan sedikit penambahan doa dan penambahan bentuk doa secara berjemaah agar mudah diamalkan oleh semua kelompok masyarakat. Oleh kerana buku ini telah menarik barnyak pihak untuk memilikinya, maka menjadi tanggungjawab kami untuk melakukan kemaskini pada setiap kali cetakan baru dilakukan

Description

Dalam buku kecil ini, dikemukakan sejumlah doa yang sewajarnya dibaca dan diamalkan. Kami berazam dan bercita-cita untuk beriltizam membacanya pada waktu pagi meskipun jumlah doa yang dikemukakan tidaklah sebanyak mana.

Cukuplah untuk kita mengambil masa dalam 10 hingga ke 15 minit untuk bermunajat dengan doa-doa ini. la mungkin boleh dilakukan selepas solat Subuh atau sebelum pergi ke tempat kerja pada setiap pagi.

Ini sebagai menzahirkan diri kita sebagai seorang Muslim yang bergantung kepada Allah ﷻ. Begitu juga kerana berdoa merupakan sebahagian daripada sifat tawakkal kepada-Nya. Sementelahan lagi, amalan berdoa merupakan amalan para nabi, rasul, para sahabat, salafus soleh dan manusia yang kenal kepada Tuhannya.

Andai muat turun ini bermanfaat, hulurkanlah sumbangan seikhlasnya (tiada had RM minima) dengan niat bersedekah/infak, bagi menampung kos pembangunan laman web & aplikasi Munajat Syifa agar berterusan usaha kami mengembangkan dakwah. Paling tidak, sharelah bersama saudara & sahabat agar lebih ramai lagi dikurniakan kefahaman oleh Allah ﷻ kepada kita untuk beragama mengikut neraca syariah yang sebenar dan menjauhkan kita daripada kesyirikan & kepercayaan yang karut marut جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir