Tayang bahagia hingga disihir vs inspirasi

Baru-baru ni kecoh dengan kisah influencer kena sihir buatan dengki orang pada dia. Kebanyakan orang rasa kesian dan termasuklah yang mendoakan semoga mereka di bawah lindungan Allah.

Tapi dalam satu sudut lain, ada beberapa perkara yang perlu kita bukakan mata luas-luas.

Terkadang nampak orang zaman sekarang terlalu suka expose bahagia di media sosial atas niat nak cetuskan inspirasi & sebagainya.

Benar. Ia bukanlah benda yang haram. Malahan menyebarkan kebaikan dan benda bermanfaat adalah digalakkan dalam agama. Tapi makin hari, perasan tak makin ramai jenis suka dedahkan manis hidup di media sosial?

Boleh dikatakan setiap hari mesti ada yang nak dimuat naik. Viral di TikTok sampai FB. Kalau dulu maybe artis je suka expose life macam tu. Sekarang? Orang biasa pun ramai berebut nak upload video.

Yang lagi disturbing upload video manja isteri dengan suara merengek. Tak sedarkah ada mata jahat yang mungkin sexualize isteri kita? Allahu mengucap.

Cute? Simpan sendiri. Manja? Cukuplah merengek-rengek tu suami je nampak.

Bukan tak bagi, tapi peganglah pada prinsip berpada-pada. Orang yang tak famous pun boleh disihir kerana ada yang dengki. Apalagi kalau jenis influencer yang berjuta follower.

Muat naik kebahagiaan dan suka bahagiakan pasangan, sangat baik. Tapi dalam jutaan yang memandang, adakah kita boleh jamin semuanya baik?

Adakah kita boleh jamin semua akan terinspirasi? Adakah yakin semua akan ambil pengajaran?

Yang sedihnya bila aku komen di sebuah page fb nasihat jangan terlalu menayang kebahagiaan, ramai pula kecam.

Katanya mereka tu langsung tak riak dan share kisah rumah tangga untuk niat INSPIRASI. Salah ke? Entahlah. Lama-lama aku muak dengan ayat inspirasi ni. Sebab apa?

Kita tak boleh kawal hasad dengki orang pada. Siapa yang benci atau dendam kita tak tahu. Sedangkan Nabi yang maksum pun dibenci, apalagi kita yang hamba biasa.

Adakah setelah mengetahui risiko disihir ilmu hitam ni, masih lagi nak teruskan menayang atas dasar nak sebarkan inspirasi?

Sanggupkah terus nak berpegang dengan tujuan sebarkan inspirasi tu walhal kita tahu mendedahkan rumah tangga ibarat menjemput anasir luar masuk?

Sihir bukan mainan. Sekelip mata pasangan berubah. Anak pun boleh diganggu dengan mimpi pelik. Lama-lama musnah sendiri.

Dosa si pelaku kita tak nafikan. Bahkan perbuatan mereka sangat terkutuk. Cuma apa yang aku risaukan pada masyarakat zaman sekarang, terlalu ramai yang mahukan validation manusia dalam hidup.

Seolah-olah takkan lengkap hidup jika tak muat naik kebahagiaan di media sosial. Apa yang dikejarkan? Pujian manusia? Atau mahu orang saksikan kita ini bahagia? Untuk apa? Masih dengan NIAT INSPIRASI?

Bagi aku, makna bahagia sebenar apabila kita menikmati hidup dengan keluarga tanpa sebarang hasad dengki manusia.

Baiklah diam-diam sahaja, tiada siapa tahu kisah kita, asalkan kita bahagia. Buat apa kita dedahkan semua tapi diakhirnya keluarga yang kena tempias?

Apalah guna kita mempamer bahagia demi INSPIRASI jika akhirnya keluarga kita merana?

Bila kita nasihat KURANGKAN TUNJUK BAHAGIA, habis semua dicop busuk hati. Wah, adakah menasihati di zaman sekarang sudah dikira dengki?

Tidak. Ini bukan pertama kali kita dengar berita sebegini. Sedikit sebanyak aku juga mula beringat sebab dulu aku pernah bersikap sama.

Aku yakin asalkan benda tu baik, apa salahnya kita sebarkan? Tapi pemikiran tu pun agak salah sebenarnya.

Hakikatnya manusia ni ada banyak ragam. Kepala sama hitam, hati lain-lain.

KITA TAK BOLEH KAWAL ORANG. TAPI KITA BOLEH KAWAL KEKERAPAN KITA MEMBUKA RUANG HASAD DENGKI.

Sekali lagi aku cakap, berkongsi itu tak salah. Cuma janganlah bila keluarga tersayang kita separuh mati kena buatan orang, kita masih berpegang dengan prinsip SEBAR INSPIRASI.

Ada sebab kenapa perlu sorok.

Kepada si penghantar sihir dan pemain ilmu hitam ni, sedarlah kamu bahawa dosa menduakan Allah itu berat azabnya.

Bila kita rasa sesuatu perkongsian itu buat kita kerap sangat rasa cemburu atau asyik membandingkan hidup, baik tutup media sosial dan belajar untuk syukur.

Syukur itu bila kita redha dengan rezeki Allah. Kalau kita tak bersyukur dengan yang sikit, macam mana kita akan bersyukur dengan yang banyak?

Kawal penerimaan dan sentiasa istighfar. Selalu doakan jika nampak orang lebih dari kita. Moga Allah berikan rezeki yang sama satu hari nanti.

Kepada yang suka upload macam-macam, sedarlah ada mata yang perhatikan kita. Kadangkala menjalani hidup dengan diam-diam adalah lebih membahagiakan. Biar apa-apa bahagia, kita rasai sendiri.

Jangan terkejut. Kadang sihir tu datang dari keluarga terdekat. Darah daging sendiri benci kita.

Ingat tak kes lelaki kena tangkap sebab rumah jadi tempat sindiket sihir?

2021 bukan macam zaman dulu, takde media sosial. Nak santau orang kena berjam-jam drive masuk ceruk kampung cari bomoh.

Sekarang hanya search akaun instagram or facebook. Download atau screenshot gambar send di Whatsaap Tok Bomoh. Asalkan ada muka terus santau jalan. Semudah tu saja kejahatan akan melobosi hidup kita.

Ada yang kata “Ala kecohlah. Salah dia ke kalau orang dah dengki? Kalau gambar tak penuh 1 badan takpe”.

Tak, bukan macam tu. Kau ingat syaitan bodoh tak tahu cari? Cukup dapat imej mata atau pipi pun dah memadai.

Nauzubillah moga kita semua dijauhkan. Lagi kalau kita ada ribuan gambar di public. Dalam masa 10 saat orang sanggup buat macam-macam.

Pokoknya ada dua. Benar, yang menyihir tetap salah. Cuma aku berharap orang lebih faham kenapa kita tak perlu tunjuk semua benda.

Cuma pilihan di tangan kita.

Dah sakit kena sihir. Adakah masih nak post lagi gambar banyak-banyak macam dulu?

Dah sakit kena sihir tetap nak post sebab YAKIN benda tu berikan manfaat. Pernah tak fikir sejenak semua ni mungkin peringatan dari Allah?

Kalaulah tayang kebahagiaan tu satu JIHAD, tak apa la juga. Fahamlah. Tapi biarlah orang lain je buat. Kita cukuplah bahagia dengan life sendiri.

Pilihlah antara dua. Korang yang mana satu?

Maaf kalau ada yang terguris. Sebagai mangsa sihir, 1 je aku boleh cakap. Kalau aku tahu sakitnya begini, demi Allah sejak dulu takkan aku bangga muat naik semua benda ke FB atau IG.

Kalau boleh putar masa, aku akan sorok pasal keluarga aku. Inspirasi? Tolong gunakan makna inspirasi pada tempat dan situasi yang betul.

Menjalani hidup dengan penuh RAHSIA itu sangat manis. Usah rasa sedih kalau suami tak muat naik ke media sosial.

Bahasa cinta lelaki ni memang berbeza-beza. Ada jenis yang tak upload tayang isteri, tapi di rumah MasyaAllah menjadi ketua keluarga yang amat sempurna.

Hanya kalian kenal pasangan masing-masing. Jangan samakan life kita macam orang lain.

Jangan cipta beban terasa nak sama life macam selebriti atau influencer di media sosial.

Salam sayang, tutup salam.

– Mar (Bukan nama sebenar)

Confessions

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir