Syaitan dalam diriku 2/2

Ada yang menyarankan untuk mendapatkan rawatan di Sarawak, InsyaAllah kerana dalam masa terdekat ini saya memang akan ke sana,

Tambahan lagi bila aku mendengar ura-ura adakalanya Saka ini tidak dapat mengikuti tuannya berhijrah merentasi lautan, Allahualam.

Berbalik kisah ku sebelum ini, setelah dirawat dan dimandikan 3 hari berturut-turut, aku menyangka aku sudah pulih.

Aku menjalani hari2 ku seperti biasa, hingga la tahun 2017, ketika itu aku telah berkenalan dengan suamiku. Di sebabkan hubungan PJJ, kami hanya berjumpa 3 bulan sekali.

Namun, bila berjumpa, aku akan mengamuk tanpa sebab. Pernah sekali aku meronta mengamuk di dalam kereta dan hampir melompat keluar kereta,

Mujurlah suamiku bertindak pantas lock semua pintu kereta dan selamat membawa aku pulang ke rumahnya. Di rumahnya aku dijaga keluarga nya sementara dia mencari perawat untuk menenangkan ku.

Keaadan ini berulang banyak kali, mujurlah suamiku seorang yang sangat sabar kerana dia faham, bukan aku yang tengah mengamuk tetapi “syaitan” yang ada dalam diriku.

Hampir setiap malam, bersilih ganti perawat datang cuba mengusir saka ini namun tiada yang berjaya.

Disebabkan “sakit” aku ini juga, hijabku seakan terbuka. Aku sentiasa melihat lembaga dan makhluk pelik sehingga aku sukar membezakan mimpi atau kenyataan.

Sehingga suatu hari, setelah lebih seminggu berganti rawatan, suamiku mengajak berjumpa seorang lagi perawat.

Aku dapat rasakan perawat kali ini agak kuat berbanding sebelum ini, kerana sampai saja ke halaman rumah perawat itu, kaki ku seolah terpaku dan terpaksa di tarik masuk ke rumah perawat itu.

Sesi rawatan kali ini agak panjang, memakan masa lebih 3 jam. Tidak terkira berapa kali aku pengsan, dan bangun semula. Kerana perawat itu memanggil dan berinteraksi dengan saka yang ada dalam tubuhku satu persatu.

Seingatku, mereka semua ada 7 ekor. Namun cuma Nenek tua, panglima, budak lelaki, dan Puteri sahaja yang mau berinteraksi.

Mereka mengaku telah lama diam di dalam tubuhku, cuma kebelakangan ini mereka agak lemah kerana sudah lama tidak makan. Aku juga tidak faham, harus di beri makan dengan apa?

Akhirnya mereka membuat perjanjian untuk meninggal kan tubuh ku, seperti yang di arahkan oleh perawat itu. Saat mereka keluar, perasaan sayu dan sedih menyelubungi hatiku, aku pun tidak tahu kenapa aku rasa seperti itu..

Setelah rawatan itu, hidupku kembali normal. Aku mengikat tali pertunangan dengan suamiku, dan berkahwin dengannya pada 2019.

Semuanya kembali normal, cuma adakalanya orang2 yang pandai, akan mengatakan mereka nampak ada perempuan mendampingiku, namun aku membiarkan saja kerana beranggapan saka2 itu sudah tiada.

Sehingga la pada hujung tahun 2020, aku merasa seperti kemurungan. Setiap malam aku akan menangis tanpa sebab,

Namun aku rahsiakan perkara ini dari suamiku kerana aku tidak mahu dia berasa risau dek kerana kami PJJ dan aku cuma tinggal bersama officemate ku.

Satu pagi, aku hendak bersiap dan mandi, bila aku melihat ke cermin, badanku seperti mengigil. Aku cuma sempat whatsapp housemate ku meminta bantuan, sebelum aku lost control dan meracau.

Disebabkan pkp, tiada perawat yang dapat datang ke rumah, maka aku terpaksa dirukyahkan melalui telefon sehingga la aku tenang.

Aku terpaksa mengambil cuti sakit hampir sebulan, kerana keadaanku yang tidak stabil. Mujur Suamiku dapat cuti dan balik untuk menemankan aku.

Sekali lagi, sesi rawatan silih berganti. Habis masa, tenaga dan wang ringgit. Namun semua itu aku tidak kisah asalkan aku kembali sembuh.

Kasihan dengan suamiku kerana aku kerap meracau dan memaki hamun dirinya, dan itu semua di luar kawalanku. Ampunkan aku suamiku..

Ada kalanya aku merasa putus ada, kerana setiap kali selesai sesi rawatan, aku akan rasa lemas tidak bertenaga, sakit seluruh badan. Namun 2 3 hari kemudian, gangguan datang semula.. s

Shingga kini, aku dan suamiku belum dberikan rezeki menimang zuriat. Ada juga perawat yang mengatakan, sekiranya ada saka, agak susah untuk ada zuriat.

Sehingga kini, aku bersendirian melawan syaitan2 ini. Suami ku sudah kembali bertugas di Sarawak, dan tidak dapat menemaniku ku.

Adakala, sedang aku sibuk membuat kerja di office, gangguan tetap ada. Badanku akan freeze, aku akan menangis tiba-tiba. Susah untuk aku focus berkerja kerana fikiran ku kerap melayang.

Aku selalu mengambil cuti sakit. Prestasi kerja ku menurun. Aku buntu, tidak tahu dimana lagi untuk dapatkan rawatan untuk membuang saka ini. Aku ingin hidup normal tanpa ada gangguan dari mereka.

Rasanya itu saja coretan ku kali ini, doakan aku untuk terus kuat melawan mereka ini.

– F (Bukan nama sebenar)

Confessions

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir