Sihir @ ilmu hitam 3/3

Tujuan saya menulis adalah untuk menjelaskan beberapa perkara yang menjadi persoalan.

Saya memilih medium ini untuk berkongsi pengalaman sebagai bekas pesakit misteri bukan untuk meraih perhatian tetapi sebagai pedoman untuk kita sama-sama berkongsi Ilmu dan pengalaman sebagai sedekah jariah saya.

Bukan mudah untuk saya berkongsi pengalaman ini. Bertahun2 kisah ini saya simpan rapi. Saya pun sudah meningkat tua.

Entah esok entah lusa, Allah menjemput saya pulang.

Mudah2an penulisan saya ini membawa sedikit kebaikan @ panduan kepada yang sedang menderita dan menjadi pedoman untuk yang belum mengalami keadaan di sihir.

Untuk pengetahuan para pembaca yang budiman,

saya menggunakan nama samaran untuk semua watak. Saya sengaja menyembunyikan identiti saya dan semua watak, untuk mengelakkan perkara buruk berlaku.

Berbalik kepada tujuan asal saya, pertama untuk menjawab pertanyaan nitezen, sebelum mengguna perubatan alternatif, dah try ke semua perubatan moden…

Semasa serangan 1 dan 2,saya mula-mula jumpa doktor, buat medical checkup.. Alhamdulilah semua positif, tiada sebarang penyakit.

Untuk pengetahuan pembaca, sihir ini bukan sejenis penyakit biasa. Boleh Google untuk tahu tanda-tanda sihir juga jenis-jenis sihir.

Terus terang, saya dikenakan sihir At Tafriq iaitu sihir pemisah suami isteri. Penyihir itu sakit hati melihat kebahagiaan saya, serta ada kaitan dengan masalah wang ringgit. Biarlah sebab musabab ini saya simpan dahulu.

Antara perkara2 yang berlaku kepada saya:

1. Saya sukar tidur. Apabila tidur selalu bermimpi yang menakutkan.

2. Saya selalu migrain. Sebelum tu jarang sakit.

3. Badan saya selalu lebam2 dan kadang kala seperti dicakar.

4. Saya jadi benci dengan suami dan suka menyendiri. Hubungan kami suami isteri yang sebelum ini harmoni jadi bermasalah.

5. Badan saya gatal-gatal sepanjang kehamilan.

6. Perut saya membuncit seperti mengandung dan kaki serta betis membengkak.

7. Selepas waktu asar, saya tak boleh pijak lantai. Saya akan rasa sakit yang amat sangat seperti sedang memijak paku2 dan kaca2 yang pecah.

Keadaan ini berlaku antara waktu Asar hingga Maghrib. Selepas solat Isyak, terutama selepas saya habis baca yasin 7 mubin, kaki saya terasa sakit apabila kaca2 dan paku2 itu keluar.

Anak saya yang dibuka Allah hijab, saksi kejadian ini. Sepanjang solat, saya duduk di atas katil atau sejadah sahaja. Perkara ini berlaku berbulan2 lamanya. Sakitnya, hanya Allah saja yang tahu. Cerita ni baru saya buka sekarang.

8. Adik angkat saya, adik sue menemui pelbagai barang sihir semasa merawat saya sekeluarga di rumah.

9. Adik angkat saya adik Sue juga pernah mengeluarkan kaca2 daripada kaki saya. Silap saya tak ambil gambar masa kejadian tu.

10. Anak2 saya dan pembantu rumah yg ke-3 selalu jumpa binatang2 pelik di dalam rumah. Pernah tempat tidur anak saya dipenuhi semut api, sedangkan di atas lantai dan dinding seekor semut pun tiada.

Mujur anak saya selamat, tidak dihurung semut itu. Dari mana semut tu datang, sampai sekarang menjadi persoalan kepada saya.

11. Anak perempuan saya terserempak dengan seekor jin yang sedang mencuri duitnya.

12. Semasa arwah ayah dan emak saya datang melawat saya, waktu kami semua dah masuk tidur, emak saya terdengar suara orang memanggil-manggil nama saya sambil menangis-nangis.

Pagi2 esoknya satu rumah berbau busuk. Malam tu sebelum tidur saya baca yasin tunggal (boleh cari di Google) dan solat hajat.

13. Selepas saya memasang surah Al Baqarah dan Al Jin, satu rumah berbau hangit.

14. Sebelum saya dan suami ke Mekah, adik beradik berkumpul di rumah saya. Selepas kami membaca yasin dan tahlil, satu rumah berbau kemeyan dan benda terbakar. Sedangkan tiada siapa pun yang bakar kemeyan dan sampah.

15. Apabila dibaca ayat-ayat Al-Quran terutama yasin, dan ayat2 Ruqyah, makhluk2 tu semua cabut lari. Anak saya menyaksikan semua ni.

Sebenarnya banyak lagi yang berlaku kepada saya sekeluarga. Cukuplah saya cerita sekadarnya sahaja.

Saya percaya kepada perubatan modern sebab sampai ke hari ini saya dan suami memang berjumpa doktor pakar.

Suami saya dari muda kena darah tinggi, dan ada ketumbuhan. Saya pula ada thyroid. Kami memang tiap2 bulan jumpa doktor, buat medical checkup. Jadi saya memang tahu dan maklum akan tahap kesihatan kami.

Pembaca semua,

Sihir memang wujud. Dari zaman dahulu kala hingga zaman sekarang. Nabi Muhammad s.a.w juga turut di sihir. Sebagai seorang Islam kita juga perlu percaya kepada perkara ghaib. Syaitan dan Iblis kerjanya adalah untuk menyesatkan anak cucu Adam dengan pelbagai cara.

Jika rumah tangga Muslim tu bahagia, anggota keluarga berpegang teguh dengan tali agama, dihasut orang2 luar seperti saudara mara, ipar duai, rakan rapat atau sesiapa saja untuk iri hati, sakit hati, dendam dan sebagainya.

Orang yang imannya lemah akan terpengaruh dengan bisikan2 syaitan dan iblis, maka terjadilah sihir @ Ilmu hitam.

Dalam confessions ke-2, saya ada nyatakan, carilah perawat yang berpegang teguh dengan agama Allah. Pengalaman saya, kali pertama berjumpa perawat kita sudah boleh tahu amalannya.

Perawat yang benar, dia akan baca ayat2 Al-Quran dengan jelas dan betul tajwidnya. Dia tidak akan minta barang yang pelik2. Malah tidak akan minta sebarang bayaran.

Malah ada yang solat hajat sebelum merawat. Bukan senang2 nak dapat kesan sihir pada seseorang itu. Ada tanda2nya.

Antaranya, apabila dirukyahkan pesakit tiba2 tidak sedarkan diri, boleh bercakap bahasa yang dia sendiri tidak faham, kadang2 pesakit tu boleh bangun bersilat pula, sedangkan dia tiada asas silat.

Saya tidak nafikan ada perawat yang mengambil kesempatan, sebab itu kita perlu berhati2. Saya nak dapatkan rawatan tak pernah pergi seorang diri. Saya akan bawa anak sulung saya bersama.

Suami saya sentiasa sibuk dan tidak dapat menemani saya. Saya tidak salahkan dia. Sebab tu dalam confessions ke-2 saya ada cerita saya belajar perubatan Islam dengan tujuan untuk mengubati diri sendiri, suami dan anak2 saya. Kami sekeluarga diuji dengan sihir ni.

Apabila saya diuji dengan sihir ini, saya betul2 pasrah kepada Allah. Jika ditakdirkan saya meninggal asbab di sihir, saya redha.

Sebagai hamba Allah, kita wajib berusaha. Jika sakit, kita wajib cari penawar. Itulah yang saya lakukan. Saya tidak pernah berputus asa mencari jalan keluar daripada sihir @ Ilmu hitam ini.

Saya juga sangat bersyukur ketika diuji dengan begitu hebat, Allah izinkan saya dan suami ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji.

Sebelum berangkat ke Mekah, arwah emak berpesan berkali2 kepada saya, agar tidak mendoakan yang buruk2 kepada makcik saya, adiknya. Sampai saya di depan Baitullah sewaktu menadah tangan berdoa saya hanya meminta yang baik2 sahaja.

Saya minta Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada saya sekeluarga, hilangkan segala sihir@ Ilmu hitam, panjangkan jodoh saya dan suami, berikan taufik dan hidayah kepada makcik saya… Saya bukan baik sangat, tapi pesanan seorang ibu membuat saya jadi begitu.

Sekembalinya saya dan suami ke tanah air, Alhamdulilah satu persatu sihir @ Ilmu hitam itu dapat dirungkai.

Kesihatan saya mulai pulih. Hubungan suami isteri dan anak2 mulai harmoni. Cuma Ilmu hitam @ sihir masih lagi dituju kepada kami sekeluarga. Kali ni tidak seteruk dulu. Saya masih dapat bertahan.

Sewaktu saya menulis ni, saya sekeluarga, Alhamdulilah telah selamat daripada belenggu sihir @ Ilmu hitam.

Saya dan suami sekarang hanya diuji dengan sakit yang kita nampak dan rawatannya cukup hanya menjaga pemakanan, makan ubat dan berjumpa doktor di hospital untuk rawatan.

Suami saya pun sudah pencen. Saya masih ada beberapa tahun untuk berkhidmat dengan kerajaan sebelum bersara.

Sebelum saya menutup kisah ini, ada sesuatu yang saya tertinggal, iaitu petua untuk pulihkan diri dan rumah yang di sihir.

Untuk diri pesakit, ambillah air dari kolah di masjid, campur dengan air yasin atau rukyah, masukkan sedikit daun pandan dan 2 @ 3 biji limau purut yang dibelah 2 serta diperah airnya buat mandi. Tujuannya untuk keluarkan angin dan bisa sihir. Pesakit buat sendiri pun boleh.

Seterusnya semua makanan dan minuman yang dimasak, masukkan sedikit air zam2 atau air yasin sambil baca doa2 pendinding yang mustajab.

Untuk makanan dan minuman saya sekeluarga semua saya masukkan air yasin dan air zam2. Untuk rumah pula, ambil air yasin yang dicampur sedikit air zam2 percik satu rumah sambil membaca ayat Qursi.

Untuk pagar rumah, baca ayat Kursi sebanyak 44x, mula dari pintu kanan rumah (di dalam rumah) dan akhiri di pintu kiri rumah. Apabila baca ayat Kursi tu, kita akan tawaf satu rumah. Cukupkan bacaan ayat Kursi sebanyak 44 kali. Lebih takpa, jangan kurang.

Insyaa Allah apa2 yang ada di dalam rumah akan keluar juga dan apa2 yang di luar rumah, kalau yang tidak baik Allah akan halang masuk. Apa-apa ikhtiar yang kita buat hendaklah kita yakin. Allah itu Maha Besar dan Maha Berkuasa, mintalah sungguh2 pertolongan daripada Allah.

Akhir kalam, ampun dan maaf saya pohon daripada admin dan para pembaca jika ada salah dan silap saya dalam penulisan ini. Untuk yang sedang berjuang melawan sihir @ Ilmu hitam, saya doakan Allah permudahkan segala urusan dan diberi syifa dan kesembuhan.

Untuk yang belum diuji banyak2kan berdoa semoga dijauhi Allah daripada sihir dan Ilmu hitam.
Sekian, terima kasih.

– Mira (Bukan nama sebenar)

Confessions

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir