Your cart is currently empty!
Pengalaman terlibat mengubati histeria
Pada kali ini saya akan bercerita tentang pengalaman saya terlibat dengan seorang pelajar perempuan yang datang untuk trainning kat company saya diserang histeria ataupun bahasa mudahnya dirasuk hantu.Ini adalah pengalaman saya yang pertama dan oleh sebab itu rasa teruja sikit untuk menulis tentangnya.tapi apa yang lebih penting bukannya cerita rasukan tu yang perlu saya kupas tetapi apa yang paling penting betapa hebatnya kekuatan ayat-ayat suci Al Quran dalam melawan jin dan iblis.
Ceritanya bermula pada petang kelmarin 10/3/14 dalam pukul 2:30 kot (saya agak saja tak berapa ingat masanya), Romzi yang tengah mengajar Pelajar Kolej Vokasional Sungai Petani (untuk kursus CNC Milling & Turning) tiba-tiba masuk ke dalam office saya dan minta saya call Kak Za pasal ada seorang budak pompuan ni tak sihat.Ada la 2 3 orang kawan-kawan dia yang papah budak pompuan ni yang saya namakan Siti (bukan nama sebenar).Saya tengok Siti ni lain macam jek.nak kata sakit pun bukan.pastu ada la kawan dia cakap yang dia ni memang selalu jadi macam ni kat asrama.Dah banyak kali jadi dah kes kena rasuk ni.Bila tengah depa dok cerita tu tiba-tiba Siti ni meraung.Hah.Sah dah kena rasuk.Suara lain macam ja.
Saya dan Romzi pun kelam kabut la tak tau nak buat apa.Kawan-kawan dia semua pakat dok pegang dia bagi baring pasal depa bagitau dia kalau dah lari memang tak larat punya nak ligan.Termasuk la saya sekali yang pegang tangan dia.Punya la kuat kederat budak ni.Tangan kanan saya dan sorang kawan dia,tangan kiri Romzi dan sorang kawan dia,kaki 3 orang pegang termasuk Kak Mas.pastu Romzi pun minta saya baca buat air sikit.Saya pun bukannya pandai sangat tapi ada la juga saya belajar ayat-ayat Al Quran yang boleh kita guna untuk halau jin setan ni.Saya pun ambillah air mineral pastu baca ayat Qursi, baca yasin waqaf 9,baca 4 qul, fatihah dan ayat penawar.Saya pun suruh la depa sapu kat muka dan bagi minum.Maha Besar Allah nak tunjukkan pada saya dan semua yang ada Siti ni meraung kata air tu panas dan meronta-ronta.Nak bagi minum punya la dia tak mau buka mulut.Pastu siap jegil lagi mata merah menyala.yang merah tu urat mata la.Romzi yang nak bagi minum air pun terketar-ketar pasal tengok mata dia.Lawak gak la bila mulut botol air mineral berlaga keter-keter kat gigi Siti ni.
Macam-macam usaha kami buat untuk pulihkan dia tapi tak berjaya.Pakdi diminta oleh bos saya En Zaidi untuk bacakan ayat Manzil.Punya la dia marah dan cakap kat Pakdi dok baca apa.Siap nak terkam kat Pakdi lagi.Ayat Qursi memang banyak la kami baca dan memang nampak sangat dia ni terseksa.Tapi dah nama setan ni dia pandai pedaya kita.Bila dia sakit dia bagitau kata sakit seolah-olah macam Siti yang sakit.Bila kami berhenti baca ayat Qursi dia boleh senyum dan nak lari.Sakit juga la saya yang laki ni nak pegang dia yang pompuan tu pasal kederat dia memang kuat.Pastu Romzi pulak suruh saya azan kat telinga dia.nak jadi cerita otak dah buntu nak azan nak jadi takbir raya pulak.Hehe.Saya berhenti sejenak pastu barulah mula azan kat telinga dia dan ada kawan dia yang iqamah.Tak jadi juga.Dari apa yang hantu tu cakap Siti ni waris dia dan dia yang jaga Siti ni.Dia cakap lagi yang depa dah sebati.Azni pun cuba juga baca ayat suci tapi tetap tak mau keluar.Datang pula Pak Omar bawak benang hitam dengan botol.Letakkan benang kat badan dia dan tarik benang masuk ke dalam botol.Dia cakap ada batu berat kat atas kepala dia.Memang susah nak ubat Siti ni pasal yang yang rasuk dia ni saka nenek dia.
Akhirnya, nazri minta kami bawak pi jumpa sorang yang alim dalam hal ni kat Sungai Kob.Saya terus bawak hillux company dan kami pun pi la ke rumah ustaz ni.yang pi saya, Nazri, Romzi, kak Mas dan kawan Siti sorang.Bila sampai ja rumah ustaz ni, kami baringkan dia kat atas sehelai karpet dan memang dia tak boleh lari mana dah walaupun kami tak pegang.Rasanya ustaz ni dah paku badan dia supaya tak boleh lari.Memang cara rawatan smuanya menggunakan ayat suci Al Quran dan memang dia terseksa sangat.Dia meraung sampai satu kampung boleh dengar.Ustaz ni menggunakan lada hitam letak kat ibu jari kaki dan kapit jari dengan paku.Dari percakapannya hantu ni dah jaga Siti ni 3 tahun dah.Setelah lama juga berubat akhirnya hantu yang bernama Maria ni pun keluarlah dari tubuh Siti.Siti ada bagitau yang nenek dia ni bidan kampung dan ubat orang guna bahasa Siam.Jadi hantu ni bukanlah dari tempat kerja saya tetapi saka yang diwariskan oleh nenek dia.
Pendek cerita, jangan kita sesekali cuba untuk mendekatkan diri dengan syaitan dan jin ni.tak ada faedah pun berdamping dengan mereka dan memang terbukti ayat-ayat suci Al Quran cukup berkuasa untuk menewaskan mereka.Allah telah pun menunjukkan bukti kekuasaannya di depan mata saya.Subhanallah.
iqsha-gemilang
Leave a Reply