Lagi mudah buat duit dengan halau jin!

Mistik dengan orang kita berpisah tiada.

Mungkin ada yang tak setuju apa aku nak cakap, service yang paling untung adalah service halau jin syaitan.

Dan nak cepat tarik follower media sosial, buat video cari jin syaitan.

Kenapa? Sebab orang kita terlalu taksub kepada sesuatu yang mistik tanpa mereka sedar.

Sebelum aku bercerita panjang, cukuplah aku bahasakan diri aku. Bukan nak berlagak mahupun riak, ini adalah perkara yang sebenar.

Latar belakang keluarga aku pun memang ada yang sakit. Salah seorang keluarga aku memang boleh nampak benda-benda halus sejak kecil.

Biasa orang panggil hijab nya terbuka. Tapi family aku sendiri tak pernah pun anggap macam tu. Jadi sepanjang aku nak membesar, selalu ikut family berubat dia.

Dulu tak ada wasap, tak ada FB, tak ada youtube. Jadi mana-mana orang kata ada ustaz boleh berubat, family aku akan pergi.

Perawat yang macam mana aku tak jumpa? Macam-macam jenis dah jumpa.. haha.

Ada jenis tempat merawat serba kuning, ada jenis letak harga setiap jin yang keluar, ada jenis guna colok cina sembahyang tu.

Yang bagi barang suruh tanam dan gantung barang untuk tujuan pagar rumah pun ramai.

Kebanyakan tempat yang family aku pergi ni adalah tempat yang agak popular. Memang ramai pesakit menunggu.

Paling tak boleh tahan seorang ni rambut panjang, suara serak basah. Rock woi.. Orang kata dia memang boleh berubat. Tapi tu la, tak tergamak nak cerita lebih hal dia.

Kalau zaman sekarang dia ada lagi, memang orang anggap dia geng “makrifat” kot.. Sebab nampak biasa je, ilmunya tinggi.. kot la.

Mata kepala aku ni jadi saksi berbagai manusia yang menjadikan masalah makhluk halus ni sebagai lubuk duit. Bila dah tua ni barulah satu per satu aku faham.

Zaman sekarang aku nampak jenis macam ni lebih berleluasa..

Sekarang adalah zaman media sosial. Makhluk halus ni dah jadi satu content pula. Makin mengarut.

Baca-baca sikit, tiba-tiba ada bola api terbang. Keris berdiri. Gelas pecah. Rambut kena tarik. Lepas tu tulis title “Melawan Jin Terkuat”.. Apooo?

Lepas tu buat video, cari hantu.. Konon akulah paling berani. Tunjuk nampak kelibat sana sini. Pergi rumah usang, masuk hutan apa lah. Semuanya dah jadi content.

Lagi nampak mengarut, lagi suka orang kita tengok. Itulah masalahnya. Kita kena percaya jin syaitan itu wujud, tapi suruh mencari mereka untuk jadi content.

Tarik view.. Nampak kelibat itu, kelibat ini.. View naik, lama-lama poket pun akan naik..

Mereka alam ghaib, kita alam nyata.. Apa fungsi nak pergi cari? Sampai sekarang aku tak faham golongan ni..

Ok berbalik kepada kisah merawat.. Macam mana nak tahu orang yang betul-betul boleh merawat? Orang yang mengamalkan Ruqyah..

Individu yang amalkan rawatan dengan Ruqyah ni, rawatan dia santai sahaja. Tak terlalu over. Tak guna keris bagai.. Dan setiap bacaannya sangat jelas.

Tak adalah nak kena bersilat, nak kena buka buah dulu. Buat keluar gaya-gaya ultraman tu. Tak payah..

Jadi nak pendekkan cerita, zaman sekarang ramai perawat guna kaedah MEDIATOR. Bagi yang tak faham, MEDIATOR ni adalah menurun.

Contoh. Abu dan Ali adalah perawat. Nak merawat pula si Minah yang kena rasuk. Jadi Abu ni pun panggil jin tu masuk dalam badan Ali untuk berbicara.

Wahh.. Dah melebih siap arahkan jin masuk badan. Kena ingat, yang boleh mengarahkan jin ni Nabi Sulaiman. Kita semua ni manusia biasa.

Kaedah ni adalah haram. Tapi ramai yang menggelar diri mereka sebagai ustaz guna kaedah ni.

Orang yang boleh arahkan jin biasanya orang yang ada khadam sendiri. Jadi dia minta jin, untuk arahkan jin. Mudah faham dia bela atau bersahabat baik dengan jin.

Sama juga yang jenis perawat-perawat jadi tukang tilik ni. Boleh tahu apa yang akan berlaku. Boleh tahu apa yang dah berlaku. Itu semua daripada bantuan jin.

Berbeza dengan rawatan Ruqyah ni. Semasa seseorang tu dirawat, bila di Ruqyah si perawat tu tak perlu nak menurun bagai.

Jika dalam badan pesakit memnang ada “benda”, automatik pesakit sendiri yang meraung. Boleh jadi tak sedarkan diri.

Orang yang boleh merawat ni adalah orang yang dah sebati dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Sekali lagi aku ulang, orang yang boleh merawat adalah orang yang sebati dengan Al-Quran.

Solat jaga, amalan jaga. Jin syaitan sangat benci dengan orang-orang soleh. Orang-orang yang sangat dekat dengan Al-Quran.

Dalam FB ni macam-macam boleh jumpa. Yang pakai banggle, pakai rantai, pakai pulak seluar pendek. Tiba-tiba mengaku boleh merawat.

Dapat ilmu daripada atuk. Apoo?

Nampak beza kan?

Nasihat aku, media sosial ni adalah tempat tipu daya. Ramai yang jadikan benda macam ni content semata. Jadi usahla jadi seperti pentaksuber..

Jika kau nampak orang jadikan benda ni sebagai video content, kau bagi jelah emoji gelak.. Sebab bila kau komen, pentaksuber akan datang backup.

Pentaksuber akan komen, “tak kena dekat diri sendiri boleh la sembang”..

Begitulah..

Yang ikhlas,

– Bukan Pentaksuber (Bukan nama sebenar)

Confessions

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir