Aku nak berkongsi tentang ayat2 Manzil

Malam ni susah pulak nak terlelap mata ni, mungkin tertido petang tadi… jam menunjukkan jam 11.50pm.. Malam ni aku nak berkongsi tentang ayat2 manzil.. Mungkin ramai yang dah tahu ayat manzil ini.. Aku mula mengenali ayat manzil ni semasa di UTM(96-2000) semasa mengikuti usaha dakwah.. Ayat ni sebenarnya hampir sama dengan Al- mathurat.. Ayat manzil ni bukanlah rekaan atau himpunan yang di buat oleh ulama tetapi adalah daripada hadith nabi..

Fadzilat manzil ini terlalu banyak. Dari pengalaman orang, Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir, jin dan lain- lain.

Kalau dulu kitab kecil ni memang payah nak jumpa… tapi la ni, banyak kedai buku- buku agama dah banyak jual kitab ni.. Malah banyak pusat perubatan Islam juga aku lihat mengamalkan ayat- ayat manzil ni…

Di sini aku ada beberapa pengalaman untuk dikongsikan:

Kisah 1:

Cerita ini berlaku kira- kira tahun 1998/99. Aku dan adik aku menaiki motor ke tasik bukit merah Taiping untuk menyertai pertandingan memancing. Setelah pertandingan selesai, aku dan adik aku bersiap- siap untuk pulang. Tak semena- mena aku terasa pening dan kemudian terduduk sekejap.. lalu terbaring dan tak bermaya untuk berdiri… tapi aku masih sedar apa yang berlaku disekeliling.. orang lalu lalang di r&r dan dapat melihat aku yang terbaring di satu sudut.. Aku lalu menyuruh adik aku menggagau dalam beg sandang aku dan terjumpa buku manzil.. aku menyuruhnya membaca dansetelah itu aku minum air manzil itu.. setelah itu aku berasa sedikit kekuatan untuk berdiri walaupun tak seperti biasa.. Hasilnya aku dan adik aku dapat balik ke ipoh dengan menumpang bas yang ada di situ… Tapi besoknya aku sihat seperti biasa tanpa ke Hospital…

Kisah 2:Pada tahun 2009, isteri aku baru pulang dari mendaki bukit keledang , aku lihat anak aku berumur 2 tahun meragam dan agak meracau.. Lalu aku membaca ayat tersebut dan terus anak aku senyap dan tertidur.

Ada beberapa kisah lagi aku x cerita.. Mungkin sahabat- sahabat di luar sana ada pengalaman dalam mengamalkan ayat manzil ni.. bolehlah berkongsi..

So ‘ moral of the story’ adalah bolehlah pembaca- pembaca sekalian mengamalkan ayat manzil ini untuk masalah fizikal dan juga mistik. Simple je.. dalam 10 minit je boleh siap.. Tapi xperlulah bila ada masalah baru je nak baca… Lebih baik jadikan sebagai amalan.. Cuma kena yakinlah… kalu ragu2 hasilnya pun ragu2lh juga.. dan juga yakin bukan ayat2 tu yg menyelesaikn masalah, yang menyelesaikan masalh adalah Allah..

sisi baik2 aje

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir