Sirah & senarai Ayat Manzil

Penjelasan kelebihan dan senarai keseluruhan bacaan Al-Qur’an yang dijadikan sebagai Manzil untuk dibaca sehari dua kali atau sehari sekali sebagai mana yang diutarakan oleh Al-Khandahlawi. Susunan bacaan al-Manzil oleh beliau sebenarnya diambil daripada sumber hadis Nabi Ibn Majah 2009: 3549 dan Ahmad, 2001: 21174.

Menceritakan kepadaku Ubay bin Ka‘ab berkata, “Aku berada di sisi Nabi ﷺ, kemudian datanglah seorang Arab badwi dan berkata, “Wahai Nabi Allah, saya mempunyai seorang saudara lelaki yang sedang sakit.” Nabi bertanya, “Apa sakitnya?” Dia menjawab, “Dia terkena penyakit gila.” Nabi bersabda, “Bawa dia kemari.” Kemudian dia dihadapkan kepada Baginda ﷺ dan Baginda Nabi ﷺ memohonkan perlindungan untuknya dengan membaca fatihat al-kitab (surat al-Fatihah), empat ayat permulaan surat al-Baqarah, dua ayat berikut ini, (وَإِلٰهُكُم إِلٰهٌ وٰحِدٌ) (Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa) (al-Baqarah 163) dan ayat kursi. Lalu tiga ayat terakhir dari surat al-Baqarah. Satu ayat dari surat Ali ‘Imran (شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ) (Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah) (Ali ‘Imran 18), satu ayat dari surah al-A‘raaf (إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذي خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ) (Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi) (al-A‘raf 54); akhir dari surat al-Mukminun (فَتَعٰلَى اللهُ المَلِكُ الحَقُّ) (Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya) (al-Mukminun 116), satu ayat dari surat al-Jin (وَأَنَّهُ تَعٰلىٰ جَدُّ رَبِّنا) (Dan bahwasanya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami) (al-Jin 3), sepuluh ayat permulaan dari surat al-Saffat, tiga ayat terakhir dari surat surat al-Hasyr (قُل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) (surat al-Ikhlas), dan al- Mu‘awwidhatain (surat al-Falaq dan an-Nas).” Maka berdirilah laki laki itu seakan- akan dia tidak pernah terkena sakit sama sekali.”

Berdasarkan hadis ini dan hadis yang lain juga iaitu Riwayat Al-Bukhari, 2001: 5013, 5014, 5015, 5016, 5017, 5018; Ibn Fil, 2001: 32, ringkasnya terdapat beberapa kumpulan ayat yang dianjurkan untuk dibaca dan disenaraikan oleh Al-Khandahlawi.

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir