Surah Rahman Ayat 33 – 40 (Apabila kiamat bermula)

بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

يٰمَعشَرَ الجِنِّ وَالإِنسِ إِنِ استَطَعتُم أَن تَنفُذوا مِن أَقطارِ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ فَانفُذوا ۚ لا تَنفُذونَ إِلّا بِسُلطٰنٍ

Yā ma‘syaral-jinni wal-insi inistaṭa‘tum an tanfużū min aqṭāris-samāwāti wal-arḍi fanfużū, lā tanfużūna illā bisulṭān(in).

“Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!”

Surah Rahman Ayat 33

فَبِأَيِّ ءآلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Fa bi’ayyi ālā’i rabbikumā tukażżibān(i).

“Kuasa Allah yang mana lagi kamu nak dustakan? Kamu tidak percaya kepada kuasa Allah yang akan dapat mengumpul kamu walau di mana sahaja kamu berada? Memang kalau kamu berfikiran begitu, kamu akan mengalami nasib yang amat buruk!”

Surah Rahman Ayat 34

يُرسَلُ عَلَيكُما شُواظٌ مِّن نّارٍ وَنُحاسٌ فَلا تَنتَصِرانِ

Yursalu ‘alaikumā syuwāẓum min nār(in), wa nuḥāsun falā tantaṣirān(i).

“Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan asap tebal; dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);”

Surah Rahman Ayat 35

فَبِأَيِّ ءآلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Fa bi’ayyi ālā’i rabbikumā tukażżibān(i).

“Kuasa Allah yang mana lagi kamu nak dustakan? Kamu tidak percaya kepada kuasa Allah yang akan dapat mengumpul kamu walau di mana sahaja kamu berada? Memang kalau kamu berfikiran begitu, kamu akan mengalami nasib yang amat buruk!”

Surah Rahman Ayat 36

فَإِذَا انشَقَّتِ السَّماءُ فَكانَت وَردَةً كَالدِّهانِ

Fa iżansyaqqatis-samā’u fa kānat wardatan kad-dihān(i).

“Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;”

Surah Rahman Ayat 37

فَبِأَيِّ ءآلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Fa bi’ayyi ālā’i rabbikumā tukażżibān(i).

“Kuasa Allah yang mana lagi kamu nak dustakan? Kamu tidak percaya kepada kuasa Allah yang akan dapat mengumpul kamu walau di mana sahaja kamu berada? Memang kalau kamu berfikiran begitu, kamu akan mengalami nasib yang amat buruk!”

Surah Rahman Ayat 38

فَيَومَئِذٍ لّا يُسئَلُ عَن ذَنبِهِ إِنسٌ وَلا جانٌّ

Fa yauma’iżil lā yus’alu ‘an żambihī insuw wa lā jānn(un).

“Pada masa itu tiada sesiapa pun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);”

Surah Rahman Ayat 39

فَبِأَيِّ ءآلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Fa bi’ayyi ālā’i rabbikumā tukażżibān(i).

“Kuasa Allah yang mana lagi kamu nak dustakan? Kamu tidak percaya kepada kuasa Allah yang akan dapat mengumpul kamu walau di mana sahaja kamu berada? Memang kalau kamu berfikiran begitu, kamu akan mengalami nasib yang amat buruk!”

Surah Rahman Ayat 40

ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ

Tafsir (ringkas)

Ayat 33: Akan dikatakan semasa hisab amal itu. Tidak ada sesiapa yang boleh lari. Memang semasa di dunia ada manusia yang cuba lari dan boleh lari dari keadilan Allah ﷻ.

Ayat 34: Inilah ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali di dalam surah ini. Apabila Allah ﷻ memperkatakan tentang neraka, ayat ini diulang tujuh kali. Apabila memperkatakan tentang syurga, Allah ﷻ mengulang ayat ini sebanyak lapan kali pula. Iaitu sama dengan bilangan pintu syurga dan pintu neraka.

Ayat 35: Ini apabila telah bermula hukuman di akhirat. Ada balasan azab dan ada balasan rahmat. Ini adalah Takhwif ukhrawi. Sebelum ini telah disebut bahawa penghakiman akan ada dan makhluk tidak boleh lari. Sekarang mula beritahu apakah azab yang akan dikenakan kepada mereka yang gagal.

Ayat 37: Allah ﷻ menerangkan kejadian pada Hari Kiamat nanti. Iaitu suasana waktu hisab. Allah ﷻ beri gambaran untuk menakutkan kita. Allah ﷻ berikan maklumat ini untuk bagi manusia dan jin berfikir. 

Surah Rahman Ayat 33 – 40

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir