Surah Jin Ayat 1 – 4 (Jin berdakwah)

بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

قُل أوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ استَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الجِنِّ فَقالوا إِنّا سَمِعنا قُرءآنًا عَجَبًا

Qul ūḥiya ilayya annahustama‘a nafarum minal-jinni fa qālū innā sami‘nā qur’ānan ‘ajabā(n).

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Qur’an (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!”

Surah Jin Ayat 1

يَهدي إِلَى الرُّشدِ فَئآمَنّا بِهِ ۖ وَلَن نُّشرِكَ بِرَبِّنا أَحَدًا

Yahdī ilar-rusydi fa’āmannā bih(ī), wa lan nusyrika birabbinā aḥadā(n).

“Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.”

Surah Jin Ayat 2

وَأَنَّهُ تَعٰلىٰ جَدُّ رَبِّنا مَا اتَّخَذَ صٰحِبَةً وَلا وَلَدًا

Wa annahū ta‘ālā jaddu rabbinā mattakhaża ṣāḥibataw wa lā waladā(n).

“Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.”

Surah Jin Ayat 3

وَأَنَّهُ كانَ يَقولُ سَفيهُنا عَلَى اللهِ شَطَطًا

Wa annahū kāna yaqūlu safīhunā ‘alallāhi syaṭaṭā(n).

“Dan (dengan ajaran Al-Qur’an nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;”

Surah Jin Ayat 4

ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ

Tafsir (ringkas)

Ayat 1: Ia mengajar kita yang ada dari kalangan jin itu ada yang beriman dan membenarkan risalah kerasulan dan Al-Qur’an.

Ayat 2: Jin-jin itu faham apakah tujuan Al-Qur’an ini. Lihatlah apa kata mereka tentang Al-Qur’an.

Ayat 3: Ini adalah sambungan dakwah jin kepada bangsa jin. Bayangkan betapa Allah ﷻ sebutkan apa yang mereka bincangkan dalam Al-Qur’an. Kata-kata mereka itu tertulis hingga ke akhir zaman.

Surah Jin Ayat 1 – 4

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir