Your cart is currently empty!
Surah Baqarah Ayat 1 – 5 (Golongan Beriman)
بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
الٓمٓ
Alif lām mīm.
Surah Baqarah Ayat 1
ذٰلِكَ الكِتٰبُ لا رَيبَ ۛ فيهِ ۛ هُدًى لِّلمُتَّقينَ
Żālikal-kitābu lā raiba fīh(i), hudal lil-muttaqīn(a).
“Kitab Al-Qur’an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;”
Surah Baqarah Ayat 2
الَّذينَ يُؤمِنونَ بِالغَيبِ وَيُقيمونَ الصَّلَوٰةَ وَمِمّا رَزَقنٰهُم يُنفِقونَ
Al-lażīna yu’minūna bil-gaibi wa yuqīmūnaṣ-ṣalāta wa mimmā razaqnāhum yunfiqūn(a).
“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
Surah Baqarah Ayat 3
وَالَّذينَ يُؤمِنونَ بِما أُنزِلَ إِلَيكَ وَما أُنزِلَ مِن قَبلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُم يوقِنونَ
Wal-lażīna yu’minūna bimā unzila ilaika wa mā unzila min qablik(a), wabil-ākhirati hum yūqinūn(a).
“Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Qur’an” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).”
Surah Baqarah Ayat 4
أُولٰئِكَ عَلىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِم ۖ وَأُولٰئِكَ هُمُ المُفلِحونَ
Ulā’ika ‘alā hudam mir rabbihim wa ulā’ika humul-mufliḥūn(a).
“Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.”
Surah Baqarah Ayat 5
ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
Tafsir (ringkas)
Ayat 1: Dari ayat 1 – 39 adalah Mukaddimah surah ini. Dan mukaddimah pun boleh dipecahkan lagi kepada beberapa bahagian.
Huruf-huruf ini dinamakan ‘Huruf muqatta’ah’ – huruf yang dipotong-potong. Kita tidak tahu apakah maksudnya. Nabi ﷺ tak beritahu dan sahabat pun tak tanya. Padahal tugas Nabi ﷺ untuk sampaikan apa yang patut disampaikan.
Maka, perkara ini kita tidak dapat tahu dengan sendiri dan kalau ianya perkara yang perlu diketahui, Nabi ﷺ sudah tentu akan beritahu kepada para sahabat, tapi tidak ada riwayat yang Nabi ﷺ menjelaskannya. Maka kita kena senyap dan jangan buang masa untuk mencari apakah maksudnya. Memang ada yang beri pendapat tapi mereka bercakap tanpa ada dalil.
Maka, kita memulakan tafsir surah ini dengan kita tidak tahu. Kalau Allah ﷻ tidak beritahu kepada kita apakah makna sesuatu itu, kita tidak akan tahu. Maknanya, kita mengharapkan ilmu dari Allah ﷻ tentang sesuatu ilmu itu. Jikalau Allah ﷻ tidak mengizinkan kita tahu, maka kita tidak akan tahu.
Ayat 3: Siapakah orang bertaqwa itu? Ayat 3 – 5 menyebut apakah ciri-ciri orang Mukmin itu.
Ayat 4: Ayat sebelum ini tentang mereka yang tidak tahu membaca dan menulis. Dan ayat 4 ini merujuk kepada mereka yang pandai membaca dan menulis – iaitu mereka yang sudah ada pegangan agama sebelum Islam. Iaitu mereka yang sudah ada kitab wahyu.
Surah Baqarah Ayat 1 – 5
Leave a Reply