Your cart is currently empty!
Surah al-A’raf Ayat 54 – 56 (Adab berdoa)
بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذي خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ في سِتَّةِ أَيّامٍ ثُمَّ استَوىٰ عَلَى العَرشِ يُغشِي اللَّيلَ النَّهارَ يَطلُبُهُ حَثيثًا وَالشَّمسَ وَالقَمَرَ وَالنُّجومَ مُسَخَّرٰتٍ بِأَمرِهِ ۗ أَلا لَهُ الخَلقُ وَالأَمرُ ۗ تَبارَكَ اللَّهُ رَبُّ العٰلَمينَ
Inna rabbakumullāhul-lażī khalaqas-samāwāti wal-arḍa fī sittati ayyāmin ṡummastawā ‘alal-‘arsy(i), yugsyil-lailan-nahāra yaṭlubuhū ḥaṡīṡā(n), wasy-syamsa wal-qamara wan-nujūma musakhkharātim bi’amrih(ī), alā lahul-khalqu wal-amr(u), tabārakallāhu rabbul-‘ālamīn(a).
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Berkat Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”
Surah al-A’raf Ayat 54
ادعوا رَبَّكُم تَضَرُّعًا وَخُفيَةً ۚ إِنَّهُ لا يُحِبُّ المُعتَدينَ
Ud‘ū rabbakum taḍarru‘aw wa khufūyah(tan), innahū lā yuḥibbul-mu‘tadīn(a).
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.”
Surah al-A’raf Ayat 55
وَلا تُفسِدوا فِي الأَرضِ بَعدَ إِصلٰحِها وَادعوهُ خَوفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحمَتَ اللَّهِ قَريبٌ مِنَ المُحسِنينَ
Wa lā tufsidū fil-arḍi ba‘da iṣlāḥihā wad‘ūhu khaufaw wa ṭama‘ā(n), inna raḥmatallāhi qarībum minal-muḥsinīn(a).
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.”
Surah al-A’raf Ayat 56
ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
Tafsir (ringkas)
Ayat 54: Ini adalah Dakwa yang ketiga iaitu Allah ﷻ sahaja yang berhak disembah dan dipuja kerana Dia sahaja yang ada sifat kesempurnaan. Oleh kerana itu Allah ﷻ menceritakan sifat-Nya dalam ayat ini.
Ayat 55: Setelah Allah ﷻ memperkenalkan Diri-Nya di dalam ayat sebelum ini, sekarang Allah ﷻ mengajar cara berdoa. Seharusnya begitulah apabila kita berdoa, kita kena kenal dengan siapa yang kita minta. Lihatlah contoh dalam Surah Fatihah, Allah ﷻ memperkenalkan Diri-Nya terlebih dahulu, kemudian baru diajar berdoa meminta hidayah, bukan?
Allah ﷻ menyuruh kita berdoa kepada-Nya dalam segala keperluan kita. Dan Allah ﷻ ajar adab-adab untuk berdoa kepada-Nya. Ini adalah penting kerana kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah ﷻ.
Surah al-A’raf Ayat 54 – 56
Leave a Reply