Apa itu Manzil?

Sedikit kajian telah dilakukan untuk memahami hakikat ayat Manzil yang diajarkan oleh tokoh Islam terkenal, iaitu Maulana Muhammad Zakariyya al-Khandahlawi dalam bahasa urdu sebelum kajian yang lebih terperinci dilakukan untuk dikeluarkan buat pengetahuan umat.

Dianggap sebagai alternatif lain bacaan al-Ma’thurat dalam kalangan umat Islam dan sangat berguna untuk dijadikan bacaan harian buat dibaca pada waktu pagi dan petang atau pada waktu antara waktu Maghrib hingga sebelum tidur.

Dikemukakan hadis yang warid tentang segala senarai bacaan Manzil ini yang terdapat juga kelebihan yang dinyatakan dalam hadis tersebut. Secara keseluruhannya terdapat 76 potongan ayat Al-Qur’an dalam 16 kelompok potongan daripada 13 surah dalam Al-Qur’an.

Diharap dapat dimanfaatkan oleh umat Islam sebagai panduan dan bacaan harian bagi mengukuhkan rohani mereka di samping mendapat pelbagai keutamaan dan kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah ﷺ melalui hadisnya, iaitu sebagai pelindung diri dan keluarga khususnya daripada ganguan jin dan syaitan.

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir