Your cart is currently empty!
Doa Pilihan
“Sebaik-baik doa adalah yang disampaikan oleh manusia terbaik, iaitu para Nabi dan Rasul.”
Doa Nabi Sulaiman setelah mendengar percakapan semut
Surah An-Naml Ayat 19. Apakah respons Nabi Sulaiman terhadap kata Permaisuri Semut itu? Suara semut itu sudahlah kecil, dalam bahasa lain pula.
Doa Nabi Syuaib berserah keputusan
Surah al-A’raf Ayat 89. Jangan kita yakin sangat yang kita pasti terus beriman kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Ilmu Allah ﷻ meliputi yang telah lepas, sekarang dan masa hadapan.
Doa Nabi Yunus semasa di dalam perut ikan besar
Surah Anbiya’ Ayat 87. Apabila kita mengaku kesalahan dan dosa kita, maka kita sedang merendahkan diri kepada Allah ﷻ.
Doa Nabi Yusuf dimatikan dalam Husnul Khatimah
Surah Yusuf Ayat 101. Baginda telah dapat segala nikmat dan sekarang baginda berdoa supaya bila sampai masa nanti, baginda minta dimatikan dalam tauhid.
Doa orang Nasrani beriman dan menjadi saksi kebenaran
Surah Ali-Imran Ayat 83. Kita sendiri tidak menitis air mata apabila membaca ayat-ayat Allah ﷻ. Adakah kerana hati kita telah keras?
Doa pengampunan daripada Nabi Adam
Surah al-A’raf Ayat 23. Inilah yang Allah ﷻ hendak daripada hamba-Nya. Allah ﷻ hendak kita mengaku dan memohon ampun sahaja, jangan melawan. Jika tahu yang kita sudah membuat salah, cepat-cepat minta maaf.
Doa Rasulullah ﷺ dihapuskan keresahan dan kesedihan
Bila seorang itu ucapkan doa ini Allah ﷻ akan hapuskan keresahan dan kesedihannya dan gantikan apa yang dia lalui dengan kegembiraan.
Doa Rasulullah ﷺ diselamatkan dari bisikan dan kedatangan syaitan
Surah al-Mukminoon Ayat 97 – 98. Allah ﷻ mengajar kepada Nabi ﷺ untuk berdoa bagaimana untuk mempertahankan diri mereka.
Doa Rasulullah ﷺ diteguhkan hati
“Sesungguhnya tidak ada seorang anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah ﷻ.”
Doa Rasulullah ﷺ ketika menziarahi pesakit atau pesakit datang kepadanya
Sunnah Nabi ﷺ dari Aisyah bahawa Baginda menyapu dengan tangan kanannya seraya berdoa.