Perawat lelaki menyentuh & memegang pesakit wanita!

Saya ada melihat iklan promo rancangan di TV. Berdasarkan sedutan, saya seolah tidak bersetuju kerana dipaparkan perawat lelaki menyentuh atau memegang pesakit wanita (ada yang memakai sarung tangan, ada yang tidak). Adakah yang dipaparkan itu benar kaedahnya dalam perawatan Islam?

Jawapan

Sewajarnya lelaki dan perempuan yang ajnabi tidak boleh bersentuhan kecuali keperluan yang mendesak seperti pembedahan dan sebagainya. Saya berpendapat, oleh kerana kita di Malaysia bermazhab Syafie alangkah eloknya kita meraikan mazhab Syafie ini di mana bersentuh antara lelaki perempuan yang bukan mahram hendaklah dielakkan. Saya menutup jawapan ini dengan sebuah kisah dimana seorang ulama besar bermazhab Syafie di Syam pada satu ketika dahulu iaitu Syeikh Hasan Habannakah tatkala seorang perempuan hendak bersalam dengannya lantas beliau tidak mengizinkannya. Kemudian dikatakan bahawa boleh jadi Syeikh dalam keadaan wudhu’ maka Syeikh menjawab: “Tidak. Tetapi sebenarnya Rasulullah ﷺ tidak menyentuh tangan mana-mana perempuan ajnabi.” Hadith diatas adalah riwayat Muslim, Ibn Majah dan lain-lain daripad Aisyah.

Hatta dalam keadaan berbai’ah sekalipun dengan wanita muslimat juga Baginda ﷺ hanya menggunakan tali tanpa menyentuhnya.

Justeru, alangkah eloknya jika tidak disentuh dan hanya membaca doa kepada seseorang pesakit tersebut jika sekiranya perawat lelaki dan pesakit perempuan yang bukan mahram. Semoga Allah ﷻ memberi kefahaman kepada kita dengan sebaiknya. Aamiin

Al-Kafi 5

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir