Cari sendiri buhul sihir

Sebaik-baiknya setiap ketua keluarga harus tahu bagaimana cara mencari buhul sihir agar isi rumah terlepas dari perbuatan laknat ini yang mungkin mencelakai anggota keluarganya (buhul adalah ikatan yang dibuat tukang sihir untuk diisi oleh jin (terikat) bertujuan memudaratkan mangsa).

Perkara asas yang perlu diketahui darihal buhul sihir ini adalah seperti berikut:

1. Buhul adalah ikatan berupa tali di mana makhluk jin yang dikirim itu dapat bekerja dan sudah pastinya terikat pada buhul tersebut.

2. Buhul sihir kebiasaannya berbentuk benang halus/tali dengan cantuman/ikatan yang menghubungkan benda sihir (azimat, bangkai haiwan, tulang, patung boneka, gambar, rambut, dan lainnya) yang berkait dengan mangsa.

3. Kebiasaannya, ditanam di perkarangan rumah namun boleh jadi diletakkan di dalam rumah melalui orang yang dipercayai. Ada juga buhul sihir yang digantung di suatu tempat tertentu, hingga di atap rumah. Juga pernah berlaku buhul ditanam dalam tubuh mangsa!

Bagaimana mencari buhul sihir terlebih dahulu tanpa bantuan perawat Islam?

Menurut Ustaz Arif Rahman, terdapat beberapa cara asas yang boleh dilakukan sendiri.

1. Berjalan dari bahagian depan hingga belakang rumah sambil membaca Ayat Kursi, surah al-Falaq, dan surah an-Nas. Jika ada pesakit yang sedang menjalani ruqyah (mengalami gangguan jin), besar kemungkinan beliau akan merasa sakit, sesak dada hingga sekujur tubuh terasa panas. Lakukanlah beberapa kali, insya-Allah, dengan izin-Nya, buhul sihir akan diketahui tempatnya atau muncul dengan sendirinya.

2. Berjalan keliling rumah bahagian luar dan dalam sambil membaca Ayat Kursi, surah al-Falaq, dan surah an-Nas. Rumah yang terkena sihir akan dirasakan mual mendadak bahkan kaki seolah bergetar oleh pembacanya. Jangan lupa untuk menyelusiri jalan/laluan yang sering dilalui oleh ahli keluarga sambil mengulangi ayat-ayat di atas.

3. Membaca surah al-Anam. Lakukan mukadimah rukiah terdahulu disusuli bacaan surah al-Anam ayat 103 sebanyak 3 sampai 7 kali, lalu berdoa pada Allah ﷻ agar ditunjukkan buhul sihir. Kemudian, baca surah al-Mukminun ayat 115, surah Yasin ayat 65 dan zikir يا هادي Yā Hādī (Yang Maha Pemberi Petunjuk), يا واجد Yā Wājid (Yang Maha Menemukan), atau يَا لَطِيْفُ Yā Laṭīf (Yang Maha Lembut) serta يا نور Ya Nuur (Yang Maha Memberi Cahaya) berterusan tanpa henti.

4. Melalui perantaraan jin namun dilarang syarak kerana boleh membawa kepada kerosakan akidah (sadd al-zari’ah).

Bagaimana cara menghancurkan buhul?

  • Jika berbentuk buntalan ikatan, lepaskan ikatan (buka) tali tersebut terlebih dahulu.
  • Setelah itu, keluarkan semua isi di dalam buhul tersebut.
  • Kemudian, bakar buhul tersebut sampai benar-benar lenyap.
  • Sambil membakar buhul tersebut bacalah surah an-Nas dan al-Falaq berulang-kali.

Ar-Ruqyah Asy-Syar’iyyah; Terapi Gangguan Jin & Penyakit Hati

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir