Your cart is currently empty!
Bagaimana merawat isteri disihir?
Isteri saya terkena sihir. Bagaimanakah untuk mengubatinya?
Jawapan: Untuk tujuan pengubatan sihir, terdapat beberapa kaedah yang ditunjukkan dalam hadis Nabi ﷺ. Kami cuma menukilkan daripada hadis-hadis dan selebihnya hendaklah bertanya kepada mereka yang pakar yang diiktiraf seperti Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’), Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dan lain-lain.
Secara asasnya, antara kaedah yang boleh dilakukan bagi merawat sihir adalah:
- Membaca Surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya (Lihat riwayat al-Bukhari 5736)
- Membaca Ayat al-Kursi (Lihat riwayat al-Bukhari 4723)
- Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas
- Mengusap ke bahagian sakit dengan tangan sambil membaca (Lihat riwayat al-Bukhari 5750)
أَذْهِبِ البَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
- Membaca doa berikut sebanyak 3 kali (Lihat riwayat Ibn Majah 3523)
بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
- Doa dan ayat Al-Qur’an di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada pesakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi ﷺ kepada Thabit bin Qais (Lihat riwayat Abu Daud 3885)
Selain itu, boleh juga membaca ayat-ayat Al-Qur’an lain yang diketahui boleh mengubati sihir seperti
مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللَّهَ لا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ
Al-Qur’an itu sendiri sifatnya adalah penyembuh dan apa-apa sahaja ayat Al-Qur’an yang sesuai selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, boleh digunakan untuk rawatan sebagaimana fatwa Syeikh Abdullah bin Abd al-Rahman al-Jibrin yang turut sependapat dengan fatwa Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Ibn Uthaimin, Syeikh Abd al-Muhsin Abikan dan lain-lain dalam hal ini. Pada pandangan kami, rujuklah mereka yang berkeahlian dalam bidang ini untuk mendapatkan ayat-ayat yang sesuai dibaca.
Setelah sembuh, pesakit hendaklah dinasihatkan supaya menjaga beberapa perkara yang berkaitan hubungan dengan Allah ﷻ:
- Solat berjemaah
- Mentaati kedua ibu bapa
- Memperbanyakkan solat sunat
- Puasa
- Membaca Al-Qur’an
Al-Kafi 557
Leave a Reply