Tabarruk

Barakah dari sudut Bahasa bermaksud tetapnya kebaikan daripada Allah ﷻ pada sesuatu. Mengambil berkat (التبرك بالشئ) pula bermaksud: mengharapkan berkat daripada Allah ﷻ dengan perantara sesuatu (Syeikh Yusuf, Al-Mausuaah al-Yusufiyyah, Dimasyq Dar al-Taqwa 161). Setiap orang Islam perlu memahami bahawa keberkatan itu datangnya dari Allah ﷻ. Keberkatan tidak datang dari mana-mana benda atau individu.

Dalam Al-Qur’an Allah ﷻ berfirman:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُون

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Surah al-A’raf Ayat 96

Raghib al-Asfahani berkata: dinamakan berkat kerana kebaikannya yang tetap pada perkara yang diberkati seumpama tetapnya air dalam bekas (البِرْكَة) (Raghib al-Asfahani, al-Mufradat fi Gharib al-Quran, Dimasq: Dar al-Qalam Jil. 119).

Irsyad Hukum 730

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir