Hukum menyimpan barang-barang kebal, pusaka atau mistik?

Soalan 

Apakah hukum menyimpan barang-barang kebal, pusaka atau mistik?

Jawapan

Kepercayaan bahawa satu-satu barang itu mampu memberi kekebalan adalah kepercayaan yang khurafat dan menyeleweng daripada akidah Islam. Tidak ada cincin, keris, tangkal atau apa sahaja yang mampu memberi kekebalan kepada pemakainya melainkan ianya mendapat bantuan daripada jin dan syaitan. Apatah lagi jika ia diperasapkan pada malam-malam tertentu atas kepercayaan bahawa ianya berpenunggu. Maka, barangan kebal haram untuk dijual beli juga disimpan. Kaedah ini diambil daripada hadith Nabi ﷺ:

وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا حَرَّمَ شَيْئًا حَرَّمَ ثَمَنَهُ

“Sesungguhnya sekiranya Allah mengharamkan sesuatu, Dia haramkan juga hasil jual belinya.”

Riwayat Ibn Hibban 4938 Isnadnya sahih menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaout

Jika menyimpan barang-barang seperti itu, mempercayai kekuasaannya dan kekeramatannya serta dalam masa yang sama, menyakini kesemuanya datang daripada Allah ﷻ, kami khuatiri pemiliknya termasuk dalam golongan fasik. Sekiranya ia cuma barang yang dipusakai tanpa dipercayai bahawa ianya berpenunggu, ada keramat dan kuasa, tujuan menyimpannya hanya sekadar hobi, maka ia dibolehkan. Hal ini dihuraikan oleh Ibn Hajar al-Haithami dalam al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1/278.

Al-Kafi 472

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir