Doa Nabi Yusuf dimatikan dalam Husnul Khatimah

بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

أَنتَ وَلِيّي فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ ۖ تَوَفَّني مُسلِمًا وَأَلحِقني بِالصّالِحينَ

Anta waliyyī fid-dun-yā wal-ākhirah(ti), tawaffanī muslimaw wa alḥiqnī biṣ-ṣāliḥīn(a).

“Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh.”

Surah Yusuf Ayat 101

ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ

Tafsir

Sekarang baginda memuji lagi Allah ‎ﷻ. Segala apa kelebihan yang baginda dapat, baginda pulangkan kepada Allah ‎ﷻ – semua itu dari Allah ‎ﷻ. Begitulah yang kita dapat belajar dari Nabi Yusuf ini; bila ada masalah, baginda rujuk kepada Allah ‎ﷻ dan bila senang pun, begitu juga baginda kembalikan kepada Allah ‎ﷻ.

رَبِّ قَد آتَيتَني مِنَ المُلكِ وَعَلَّمتَني مِن تَأويلِ الأَحاديثِ ۚ فاطِرَ السَّماواتِ وَالأَرضِ أَنتَ وَلِيّي فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ ۖ تَوَفَّني مُسلِمًا وَأَلحِقني بِالصّالِحينَ

“Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta’bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh.”

رَبِّ قَد آتَيتَني مِنَ المُلكِ

“Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan”

Nabi Yusuf bersyukur kerana telah diberi dengan kuasa dalam kerajaan Mesir. Apabila ayat ini dibaca, ia memberi isyarat yang nanti Nabi Muhammad ﷺ pun akan diberikan dengan kerajaan juga. Jadi ayat ini juga memberi isyarat yang Nabi Muhammad ﷺ akan menang mengatasi musuh baginda yang waktu itu amat kuat menentang baginda di Mekah.

وَعَلَّمتَني مِن تَأويلِ الأَحاديثِ

“dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta’wil perkara yang berlaku.”

Baginda bersyukur kepada Allah ‎ﷻ kerana telah memberikan kepada baginda ilmu mengetahui ta’wil dengan tepat.

فاطِرَ السَّماواتِ وَالأَرضِ

“Pencipta langit dan bumi.”

Allah ‎ﷻ yang telah memberikan semua itu dan Allah ‎ﷻ boleh sahaja buat begitu kerana Dialah pencipta langit dan bumi.

أَنتَ وَلِيّي فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ

“Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat,”

Nabi Yusuf mengaku yang Allah ‎ﷻ adalah penolong baginda sepanjang masa. Allah ‎ﷻ sentiasa sahaja bersama baginda walaupun baginda dalam kesusahan dan menerima musibah dan ujian. Allah ‎ﷻ tidak pernah tinggalkan baginda.

تَوَفَّني مُسلِمًا

“wafatkanlah aku dalam keadaan Islam”

Baginda telah dapat segala nikmat yang telah disebut tadi dan banyak lagi. Sekarang baginda berdoa supaya bila sampai masa nanti, apabila telah habis ajal baginda, baginda minta dimatikan baginda sebagai seorang Muslim. Maksudnya supaya mati dalam tauhid.

Ini kerana kita dikira dan dinilai dengan iman kita semasa kita mati. Masa sekarang, kalau kita sudah beriman, belum tentu kita selamat lagi kerana mungkin kita mati dalam keadaan kufur. Kita minta berlindung dari keadaan itu. Kerana itu, kita pun kena minta supaya akhir hayat kita nanti, kita masih lagi beriman sempurna.

Kenapa sebut tentang kematian pula? Ini kerana kita kena sentiasa melihat dan bersedia untuk mati. Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad ﷺ nanti, apabila telah mendapat kejayaan menyebarkan agama Islam dan apabila sudah dapat mengembalikan agama tauhid di Mekah, maka baginda sudah bersedia untuk mati. Ini disebut dalam Surah an-Nasr.

وَأَلحِقني بِالصّالِحينَ

“dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh.”

Nabi Yusuf berdoa semoga baginda digabungkan dengan orang-orang soleh selepas baginda wafat nanti. Di dunia, baginda waktu itu telah digabungkan dengan keluarga baginda, tetapi ada lagi yang lebih penting. Iaitu apabila mati, semoga dikumpulkan dengan orang-orang yang soleh di akhirah nanti. Iaitu semoga baginda ditempatkan di dalam syurga kerana orang soleh tempatnya di syurga.

Doa yang dibacakan oleh Nabi Yusuf ini amatlah molek dan boleh diamalkan oleh kita dalam doa kita.

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir