Your cart is currently empty!
munajatsyifa
Al-Qur’an itu penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman
Jangan salah guna ayat ini dan jadikan Al-Qur’an sekadar ayat-ayat Syifa’ pula. Al-Qur’an itu adalah penawar bagi orang mukmin. Bahawa penyakit bahaya yang dimaksudkan adalah penyakit yang ada di dalam hati. Iaitu penyakit syirik dan hati yang busuk dengan sifat-sifat mazmumah.
Dan kalau sakit, Allah lah yang menyembuhkan
Adab Nabi Ibrahim dengan Allah ﷻ, baginda tidak kata Allah ﷻ yang beri sakit. Baginda cuma kata, “apabila aku sakit.”
Apa itu Manzil?
Pengenalan kepada Manzil, ayat-ayat Al-Qur’an pelindung diri harian bagi memberi kefahaman kepada segelintir dari kalangan kita yang kurang memahami apa itu Manzil.
Sirah & senarai Ayat Manzil
Penjelasan kelebihan dan senarai keseluruhan bacaan Al-Qur’an yang dijadikan sebagai Manzil.
Surah Fatihah Ayat 1 – 7 (Pembukaan)
Keseluruhan isi kandungan Al-Qur’an secara ringkas berada di dalam Surah Al-Fatihah ini. Kerana itulah ia dinamakan Ummul Qur’an.
Surah Baqarah Ayat 1 – 5 (Golongan Beriman)
Siapakah orang bertaqwa itu? Ayat 3 – 5 menyebut apakah ciri-ciri orang Mukmin itu.
Surah Baqarah Ayat 163 (Ayat pada alam)
Allah ﷻ hendak mengingatkan yang ibadah dan doa hanya kepada Allah ﷻ. Tidak boleh bercampur aduk.
Surah Baqarah Ayat 255 – 257 (Ayat Kursi)
Ini adalah ayat yang terkenal sebagai Ayat Kursi. Memang ramai yang hafal ayat ini dan diamalkan dalam berbagai-bagai keadaan dan keperluan.
Surah Baqarah Ayat 284 – 286 (Doa yang hebat)
Dua ayat terakhir Surah Baqarah ini telah diberikan kepada Nabi ﷺ semasa baginda mi’raj bertemu Allah ﷻ. Maka ia adalah ayat yang amat penting sekali sampaikan diberikan kepada baginda semasa pertemuan dengan Allah ﷻ.