Syirik

Menurut al-Zabidi, syirik dari sudut bahasa bererti kufur (Lihat Taj al-‘Arus 7/148). Kata Ibn Faris (Mu’jam Maqayis al-Lughah 3/265), “Huruf syin (ش), ra (ر), dan kaf (ك) adalah akar kata yang memiliki dua makna asal iaitu:

  1. Penyertaan/perbandingan dan lawan bagi bersendirian.
  2. Perpanjangan dan kelurusan

Dari makna yang pertama diambil kata syarikah iaitu sesuatu yang ada (dimiliki) oleh dua orang, tidak khusus bagi salah satunya. Dikatakan pula (شاركت فلانا في الشيء) apabila aku telah menjadi sekutu baginya. Dan dikatakan (أشركت فلانا) apabila aku menjadikannya sebagai sekutu bagimu.

Dari sudut istilah, Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’di menyebut: “Syirik adalah menjadikan bagi Allah sekutu yang mana dia berdoa kepadanya sebagai dia berdoa kepada Allah, atau takut kepadanya, atau mengharap kepadanya, atau dia mencintainya sebagaimana kecintaan kepada Allah, atau dia melakukan kepadanya satu jenis daripada jenis-jenis ibadah (Lihat al-Qaul al-Sadid fi Maqasid al-Tauhid 24).

Al-Afkar 40

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir