Your cart is currently empty!
Alangkah baiknya tempat kesudahan itu
بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
سَلامٌ عَلَيكُم بِما صَبَرتُم ۚ فَنِعمَ عُقبَى الدّارِ
Salāmun ‘alaikum bimā ṣabartum fa ni‘ma ‘uqbad-dār(i).
“(sambil mengucapkan): “Salamun ‘alaikum bima shabartum”. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”
Surah ar-Ra’d Ayat 24
ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
Tafsir
سَلامٌ عَلَيكُم بِما صَبَرتُم
“(sambil mengucapkan): “Salamun ‘alaikum bima shabartum”.
Dalam ayat ini tidak disebut siapa yang berikan salam itu. Ianya mungkin dari Allah ﷻsendiri atau dari malaikat yang datang masuk ke syurga ahli-ahli syurga itu.
Atau ia juga boleh bermaksud datangnya dari ahli keluarga mereka yang baru sahaja dinaikkan untuk bersama dengan mereka. Oleh itu, ia boleh datang dari mana-mana sahaja.
Ucapan salam dan selamat ini adalah sebagai ucapan tahniah kepada ahli syurga kerana berjaya melepasi ujian di dunia dengan sabar. Ini menunjukkan kepentingan sabar dalam menghadapi ujian yang Allah ﷻ berikan kepada kita semua. Walau apa pun yang terjadi, hendaklah kita sabar dan terus taat kepada suruhan Allah ﷻ dalam menegakkan agama Allah ﷻ ini.
فَنِعمَ عُقبَى الدّارِ
“Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”
Alangkah hebatnya tempat ini. Memang kesusahan yang kita alami di dunia ini amat teruk, tapi pulangan kesabaran itu amat besar sekali. Kalau kita dapat ingat ayat-ayat tentang sabar ini, tentulah ia akan dapat memberikan kita semangat.
Dengan menghayatinya, kita dapat bayangkan bagaimana keadaan kita di syurga kelak, dan kesusahan yang kita alami semasa di dunia ini terasa kurang sedikit.
Leave a Reply