Your cart is currently empty!
Doa & Ikhtiar dari Al-Qur'an
Penulis berusaha untuk memasukkan hadis-hadis doa secara lengkap agar para pembaca dapat menghayati dan memahami gambaran sebenar sesuatu doa.
Buku ini mengandungi beberapa doa dan zikir harian seseorang muslim yang bersumberkan hadis-hadis yang sahih dari Nabi ﷺ. Buku-buku doa dan zikir yang ada di pasaran, kebanyakannya hanya memuatkan teks doa dan zikir tanpa memasukkan lafaz hadis keseluruhannya. Penulis berusaha untuk memasukkan hadis-hadis doa secara lengkap agar para pembaca dapat menghayati dan memahami gambaran sebenar sesuatu doa. Diusahakan juga membuat huraian dan penerangan kepada maksud di sebalik lafaz-lafaz doa dan zikir. Harapannya agar setiap pembaca dapat menjiwai, memerhatikan isi kandungannya dan merenung mutiara-mutiaranya.
Sudah tentu pengamalan doa dan zikir dengan disertai pemerhatian dan kefahaman yang benar sebegini lebih dapat meruntun jiwa untuk terus khusyuk kepada Allah ﷻ, juga berupaya memberi khasiat dan membuahkan natijah yang sepatutnya di dalam hidup seseorang hamba. Seterusnya menjadikan kita seorang hamba yang sebenarnya kepada Allah ﷻ.
Andai muat turun ini bermanfaat, hulurkanlah sumbangan seikhlasnya (tiada had RM minima) dengan niat bersedekah/infak, bagi menampung kos pembangunan laman web & aplikasi Munajat Syifa agar berterusan usaha kami mengembangkan dakwah. Paling tidak, sharelah bersama saudara & sahabat agar lebih ramai lagi dikurniakan kefahaman oleh Allah ﷻ kepada kita untuk beragama mengikut neraca syariah yang sebenar dan menjauhkan kita daripada kesyirikan & kepercayaan yang karut marut جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا