Your cart is currently empty!
Siapa kami?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Benar, tidak salah bertemu perawat namun tanyalah mana-mana perawat Islam yang diikitraf & diyakini, jawapannya pasti sama. Keberkesanan melawan gangguan manusia (sihir), jin & syaitan hanyalah sekadar 20 – 30% ikhtiar mereka بِإذْنِ ٱللّٰهِ Selebihnya adalah usaha & tawakal pesakit (dan waris) yang diberikan Allah ﷻ ujian itu.
Benar, ada perawat boleh mengetahui pelbagai kejadian tanpa perlu berjumpa pesakit & waris namun Rasulullah ﷺ mengingatkan, setiap manusia sejak lahir ke dunia ada qarin pendampingnya tersendiri dari bangsa jin. Ulama bersepakat haram hukumnya meminta atau bersubahat dengan jin tidak kira apa pun niatnya.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Benar, pesakit & waris perlu memperbanyakkan zikir & bacaan Al-Qur’an namun pergantungan sebenarnya adalah kepada Allah ﷻ sahaja, bukannya pada ayat atau surah tertentu.
Benar, tidak salah untuk pesakit & waris memasang audio MP3/radio bacaan Al-Qur’an & zikir secara berterusan namun kaedah lafaz sendiri bacaan berserta tadabbur ayat adalah jauh lebih mustajab, juga mendekatkan diri kepada Allah ﷻ.
Itulah antara sebabnya gangguan masih berulang waimma setelah bertemu ramai perawat dan pelbagai amalan telah dibuat.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sebaik-baik doa adalah yang disampaikan oleh manusia terbaik, iaitu para Nabi dan Rasul. Munajat Syifa merupakan siri himpunan Ayat & Surah dari Al-Qur’an sebagai jalan munajat dan ikhtiar memohon perlindungan Allah ﷻ dari gangguan sihir serta jin & syaitan.
Semoga Allah ﷻ memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya dalam kita semua menghadapi segala keburukkan manusia dan selainnya.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
“Kami memohon kepada Allah ﷻ dengan nama-Nya yang indah & sifat-Nya Yang Maha Tinggi agar menjadikan amalan ini ikhlas kerana-Nya dan dapat memberi manfaat semasa hidup kami dan selepas kami mati.”
Semoga Allah ﷻ memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini, dan menjauhkan kita daripada kesyirikan dan kepercayaan yang karut marut.
Mempunyai sebarang cadangan atau berkongsi pengalaman?
وَاللهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ