Your cart is currently empty!
Al-Isti’azah
Al-Isti’azah (الاستعاذة) atau al-Ta’awwuz (التعوذ) bermaksud memohon perlindungan daripada Allah ﷻ dari segala kejahatan dan keburukan. Maka apabila seseorang itu membaca isti‘azah ketika hendak memulakan bacaan Al-Qur’an maka dia telah memohon perlindungan dan pemeliharaan Allah ﷻ.
Lafaz al-Isti’azah
Lafaz yang masyhur adalah (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) sebagaimana yang disebut di dalam Al-Qur’an berdasarkan firman Allah ﷻ:
فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّـهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
“Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Qur’an, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam”.
Surah al-Nahl Ayat 98
Di sana terdapat satu lagi cara bacaan al-Isti’azah iaitu (أعوذ بًالله السميع العليم من الشيطان الرجيم) berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abi Said al-Khudri, beliau berkata:
كان رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم إذا قام من الليل كبر ثم يقول سبحانك اللهم وبحمدك وتبًارك اسمك وتعالى جدك ولا إله غيرك ثم يقول لا إله إلا الله ثلاثا ثم يقول الله أكبر كبيرا ثلاثا أعوذ بًالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه ونفثه ثم يقرأ
“Apabila Rasulullah ﷺ ingin bagun melakukan solat malam, Baginda ﷺ akan bertakbir kemudia Baginda ﷺ mengucapkan “Maha suci Engkau, ya Allah aku sucikan Engkau dengan memuji-Mu, maha berkat nama-Mu, maha luhur keluhuran-Mu dan tidak ada Tuhan selain Engkau. Kemudian Baginda ﷺ membaca “Tiada Tuhan melainkan Allah ﷻ” sebanyak tiga kali. Kemudian Baginda ﷺ mengatakan Allah Maha Besar dengan Kebesaran-Nya yang agung sebanyak tiga kali. Kemudian baginda ﷺ membaca “أعوذ بًالله السميع العليم من الشيطان الرجيم” (Aku berlindung kepada Allah ﷻ, Dzat Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari godaan syaitan yang direjam dan juga daripada kegilaan, kesombongan dan perkara-perkara yang dikeji. Kemudian Baginda ﷺ membaca (surah)”.
Riwayat Abu Daud 658
Maksud al- al-Isti’azah secara umum
Aku berlindung kepada Allah ﷻ daripada Syaitan yang direjam serta kesesatan dan kemudharatan terhadap agama dan kehidupanku. Di samping itu, Engkau bantulah aku dalam melaksanakan segala yang Engkau perintahkan dan menjagaku daripada melakukan perkara yang Engkau larang.
Irsyad Al-Hadith 75
Leave a Reply