Your cart is currently empty!
Doa Rasulullah ﷺ diselamatkan dari bisikan dan kedatangan syaitan
بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
أَعوذُ بِكَ مِن هَمَزٰتِ الشَّيٰطينِ
A‘ūżu bika min hamazātisy-syayāṭīn(i).
“Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.”
Surah al-Mukminoon Ayat 97
Tafsir
Allah ﷻ mengajar bagaimana hendak buat kalau mereka buat tidak baik kepada kita; kalau mereka bercakap kasar dan sebagainya. Inilah doa yang Allah ﷻ ajar.
وَقُل رَّبِّ أَعوذُ بِكَ مِن هَمَزٰتِ الشَّيٰطينِ
Dan katakanlah: “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.”
Allah ﷻ mengajar kita untuk meminta perlindungan dari bisikan syaitan yang menyebabkan kita marah tidak bertempat. Jangan kita marah tidak tentu pasal. Bukan tidak boleh hendak marah, tetapi kalau hendak marah kena ikut tempat. Kerana marah memang boleh apabila perlu.
Orang yang kesat kepada kita telah dibisiki oleh syaitan. Mereka ikut bisikan syaitan sebenarnya. Dan syaitan juga akan bisikkan kepada kita untuk balas dengan kata-kata buruk seperti mereka juga. Kalau kita termakan dengan bisikan syaitan itu, tentu kita pun hendak maki juga mereka, bukan?
Tetapi Allah ﷻ tidak benarkan. Maka baginda pun ada sedih juga apabila mendengar kata-kata kaumnya itu. Ini biasa kerana baginda juga manusia.
Para nabi dipelihara daripada dipengaruhi oleh syaitan dan bisikannya. Akan tetapi ada beza jikalau dikatakan para rasul itu boleh terganggu dengan bisikan-bisikan syaitan itu. Sebagai contoh, katakanlah kita sedang solat dan ada orang di sebelah kita yang buat bunyi yang pelik-pelik, maka tentulah kita pun terganggu juga bukan? Jadi gangguan itu mungkin terasa, tapi tidaklah teruk sangat.
Dan kerana itu Allah ﷻ mengajar kepada Nabi ﷺ untuk berdoa bagaimana untuk mempertahankan diri mereka. Dan walaupun mereka terpelihara daripada bisikan syaitan itu, Allah ﷻ tetap mengajar mereka untuk berdoa dan mereka terselamat daripada bisikan syaitan itu kerana mendapat perlindungan dari Allah ﷻ juga. Maka kita pun kena amalkan doa macam ini juga.
Rasulullah ﷺ sering mengucapkan doa berikut ini:
أَعُوذُ بِاللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، مِنْ هَمْزه ونَفْخه ونَفْثه
“Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari setan yang terkutuk, iaitu dari godaan, bisikan, dan tiupannya.”
وَأَعوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحضُرونِ
Wa a‘ūżu bika rabbi ay yaḥḍurūn(i).
“Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku”
Surah al-Mukminoon Ayat 98
ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
Tafsir
Ayat sebelum ini Nabi ﷺ diajar untuk berdoa supaya diselamatkan dari bisikan syaitan.
Dan ini adalah permintaan yang lebih tinggi lagi iaitu meminta supaya syaitan hendak datang bisik pun tidak boleh. Kerana bahaya kalau syaitan sudah datang bisik kerana mungkin kita akan termakan dengan bisikan mereka. Syaitan memang pandai hendak menipu kita kerana dia tahu apa yang manusia minat.
Kerana itulah Nabi ﷺ memerintahkan agar selalu disebut nama Allah ﷻ dalam permulaan semua urusan untuk mengusir syaitan, baik ketika hendak makan, bersetubuh, menyembelih mahupun urusan-urusan lainnya.
Ini perumpamaan macam ada anjing datang kacau kita. Kita kita halau dia, dia tak mahu pergi. Maka cara terbaik untuk halau anjing itu adalah dengan panggil tuan dia untuk tinggalkan kita. Dan begitulah kita dengan syaitan – kita minta tolong kepada ‘tuan’ syaitan, iaitu Allah ﷻ. Syaitan takut kepada Allah ﷻ.
Ini mengajar kita untuk berharap dengan Allah ﷻ dan bergantung kepada Allah ﷻ sahaja. Kalau kita hendak guna kekuatan kita sendiri, tidak boleh lawan syaitan.
Surah al-Mukminoon Ayat 97 – 98
Leave a Reply