Your cart is currently empty!
Doa Rasulullah ﷺ ketika menziarahi pesakit atau pesakit datang kepadanya
Dikemukakan hadis Nabi ﷺ dan sunnahnya ketika menziarahi pesakit atau pesakit datang kepadanya dari kalangan sahabat. Aisyah berkata: “Adalah Rasulullah ﷺ apabila menziarahi pesakit lantas dia memohon perlindungan kepada sebahagian mereka dengan menyapu dengan tangan kanannya seraya berdoa:”
بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
“Hilangkanlah kesakitan wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan engkau, sembuh yang tidak membawa kepada sebarang sakit.”
Riwayat al-Bukhari 5750 dan Muslim 2191
Al-Kafi 1163
Leave a Reply