Surah Fatihah Ayat 1 – 7 (Pembukaan)

بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm(i).

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”

Surah Fatihah Ayat 1

ٱلحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلعَـٰلَمِينَ

Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn(a).

“Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

Surah Fatihah Ayat 2

الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Ar-raḥmānir-raḥīm(i).

“Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”

Surah Fatihah Ayat 3

مٰلِكِ يَومِ الدّينِ

Māliki yaumid-dīn(i).

“Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).”

Surah Fatihah Ayat 4

إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ

Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn(u),

“Hanya kepada Engkau Kami menghambakan diri dan Hanya kepada Engkau kami berdoa;”

Surah Fatihah Ayat 5

اهدِنَا الصِّرٰطَ المُستَقيمَ

Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm(a).

“Tunjukilah kami jalan yang lurus;”

Surah Fatihah Ayat 6

صِرٰطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ

Ṣirāṭal-lażīna an‘amta ‘alaihim, gairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn(a).

“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

Surah Fatihah Ayat 7

ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ

Tafsir (ringkas)

Surah Fatihah diturunkan di Mekah dan Madinah. Riwayat mengatakan bahawa ia diturunkan sebanyak dua kali. Ia adalah surah yang teragung di dalam Al-Qur’an.

Keseluruhan isi kandungan Al-Qur’an secara ringkas berada di dalam Surah Al-Fatihah ini. Kerana itulah ia dinamakan Ummul Qur’an. Maksud/Dakwa Surah Al-Fatihah ini terdapat di dalam ayat: إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. Melalui sebuah Hadith Qudsi, ringkasnya ayat-ayat di dalam keseluruhan Al-Fatihah ini adalah:

Ayat 1 – 3: Pujian-pujian kepada Allah ﷻ.

Ayat 4: Antara kita dengan Allah ﷻ

Ayat 5 – 7: Untuk kita sahaja.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah kerana ia adalah pembukaan kitab secara tertulis. Dengan al-Fatihah itu juga dibukakan bacaan di dalam solat.

Ia juga disebut Ummul Kitab, As-Sab’ul Mathani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang) dan Al-Qur-anul Azhim.

Ia juga dipanggil dengan sebutan al-Hamdu kerana Nabi ﷺ ada meriwayatkan firman Allah ‎ﷻ dalam Hadith Qudsi: “Aku membahagikan solat antara diri-Ku dan hamba-Ku menjadi dua bahagian. Jika seorang hamba mengucapkan: ‘Alhamdulillahi rabbil alamin, maka Allah ‎ﷻ berfirman; Aku telah dipuji oleh hamba-Ku.”

Surah ini juga dipanggil As-Solah, kerana al-Fatihah itu sebagai syarat sahnya solat.

Ia juga disebut dengan nama Asy-Syifa’ kerana ada diriwayatkan satu hadith: “Fatihatul kitab itu merupakan syifa’ (penyembuh) dari setiap racun.”

Ia juga disebut ar-Ruqyah kerana ada satu hadith yang meriwayatkan sahabat telah menjampi (ruqyah) seseorang yang terkena sengatan, maka Nabi ﷺ bersabda: “Dari mana engkau mengetahui bahawa al-Fatihah itu adalah ruqyah?”

Abu Hurairah pernah meriwayatkan sebuah hadith daripada Nabi ﷺ: “Barangsiapa yang mengerjakan solat tanpa membaca Ummul Qur’an, maka solatnya itu tidak sempurna, tidak sempurna, tidak sempurna.”

Berikut merupakan Hadith Qudsi yang telah disebut sebelum ini:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَلَّى صَلَاةً لَمْ يَقْرَأْ فِيهَا بِأُمِّ الْقُرْآنِ فَهِيَ خِدَاجٌ ثَلَاثًا غَيْرُ تَمَامٍ فَقِيلَ لِأَبِي هُرَيْرَةَ إِنَّا نَكُونُ وَرَاءَ الْإِمَامِ فَقَالَ اقْرَأْ بِهَا فِي نَفْسِكَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ { الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ } قَالَ اللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِي عَبْدِي وَإِذَا قَالَ { الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ } قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَيَّ عَبْدِي وَإِذَا قَالَ { مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ } قَالَ مَجَّدَنِي عَبْدِي وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي فَإِذَا قَالَ { إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ } قَالَ هَذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ { اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ } قَالَ هَذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ

Dari Abu Hurairah dari Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, baginda bersabda, “Barangsiapa yang mengerjakan solat tanpa membaca Ummul Qur’an di dalamnya, maka solatnya masih mempunyai hutang, tidak sempurna” Tiga kali. Ditanyakan kepada Abu Hurairah, ” Kami berada di belakang imam?” Maka dia menjawab, “Bacalah Ummul Qur’an dalam dirimu, kerana aku mendengar Rasulullah bersabda, ‘Allah berfirman, ‘Aku membahagi solat antara Aku dengan hambaKu, dan hambaku mendapatkan sesuatu yang dia minta. Apabila seorang hamba berkata, ‘Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam.’ Maka Allah berkata, ‘HambaKu memujiKu.’ Apabila hamba tersebut mengucapkan, ‘Yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.’ Allah berkata, ‘HambaKu memujiKu.’ Apabila hamba tersebut mengucapkan, ‘Pemilik hari kiamat.’ Allah berkata, ‘HambaKu memujiku.’ Selanjutnya Dia berkata, ‘HambaKu menyerahkan urusannya kepadaKu.’ Apabila hamba tersebut mengucapkan, ‘Hanya kepadaMulah aku menyembah dan hanya kepadaMulah aku memohon pertolongan.’ Allah berkata, ‘Ini adalah antara Aku dengan hambaKu. Dan hambaKu mendapatkan sesuatu yang dia minta’. Apabila hamba tersebut mengucapkan, ‘Berilah kami petunjuk jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat atas mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.’ Allah berkata, ‘Ini untuk hambaKu, dan hambaKu mendapatkan sesuatu yang dia minta’.

Sahih Muslim 5362

Surah Fatihah Ayat 1 – 7

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir