Your cart is currently empty!
Surah al-Isra’ Ayat 110 – 111 (Seru nama Allah ﷻ dalam doa)
بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
قُلِ ادعُوا اللهَ أَوِ ادعُوا الرَّحمٰنَ ۖ أَيًّا ما تَدعوا فَلَهُ الأَسماءُ الحُسنىٰ ۚ وَلا تَجهَر بِصَلاتِكَ وَلا تُخافِت بِها وَابتَغِ بَينَ ذٰلِكَ سَبيلًا
Qulid‘ullāha awid‘ur-raḥmān(a), ayyam mā tad‘ū fa lahul-asmā’ul-ḥusnā, wa lā tajhar biṣalātika wa lā tukhāfit bihā wabtagi baina żālika sabīlā(n).
“Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu”.”
Surah al-Isra’ Ayat 110
وَقُلِ الحَمدُ للهِ الَّذي لَم يَتَّخِذ وَلَدًا وَلَم يَكُن لَهُ شَريكٌ فِي المُلكِ وَلَم يَكُن لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرهُ تَكبيرًا
Wa qulil-ḥamdu lillāhil-lażī lam yattakhiż waladaw wa lam yakul lahū syarīkun fil-mulki wa lam yakul lahū waliyyum minaż-żulli wa kabbirhu takbīrā(n).
“Dan katakanlah: “Segala puji bagi Allah Yang tidak mengambil anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan tidak memerlukan penolong kerana hina dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.”
Surah al-Isra’ Ayat 111
ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
Tafsir (ringkas)
Ayat 110: Ini adalah Dakwa Utama surah ini. Iaitu Dakwa berkaitan Tauhid. Allah ﷻ boleh diseru dengan Nama-namaNya yang banyak, asalkan seru Dia sahaja dan jangan seru selainNya.
Isra’ Ayat 111: Ini juga adalah ayat Dakwa Surah. Ini adalah ayat tauhid. Ada lima pengajaran di dalam ayat ini tentang Tauhid.
Surah al-Isra’ Ayat 110 -111
Leave a Reply