Syaitan dalam diriku 1/2

Ini pertama kali aku menulis di sini, selama ini cuma menjadi silent reader jadi maaf andai kata tulisan ini sedikit berterabur.

Maaf andai confession ini sedikit panjang kerana ini adalah kisah yang berlaku pada diriku dari 2013 sehingga kini.

Kenali Aku sebagai F, sudah berkahwin namun PJJ dengan suami, dengan keadaan covid sekarang ini, sangat susah untuk berjumpa dengan suami kerana suami bertugas di Sarawak (SOP sarawak sangat susah untuk rentas negeri even pasangan PJJ)

Seperti tajuk di atas, ya wujudnya Syaitan dalam diriku. Bagi pembaca yang tidak percaya alam mistik sila skip saja confession ini. Syaitan yang ku maksud kan ini ada lah saka keturunan yang ada dalam diriku.

Arwah ayahku seorang perawat, dan ada abang2ku yang ingin menuntut ilmu beliau namun tiada seorang pun yang berjaya, maka sehingga lah ke hari beliau mninggal dunia(2013), seluruh keluarga menganggap tiada yang mewarisi saka beliau.

Dan kami pun menjalani hari-hari seperti biasa tanpa sebarang gangguan. Namun tanggapan kami salah.

2013, 6 bulan selepas arwah ayahku mninggal, ketika ini aku baru memasuki universiti dalam semester pertama, aku terlibat dalam satu kemalangan. Kereta yang ku pandu terbabas dan terbalik 4 tayar ke atas.

Namun aku berjaya keluar dari kereta tanpa segaris luka mahupun lebam. Ramai yang tertanya mengapa aku seolah-olah kebal, namun aku cuma menganggap itu semua kuasa Allah.

2014, aku terjatuh dari tangga apartmentku setinggi 1 tingkat, handphone ku yang ku letak di poket seluar hancur tidak dapat diselamatkan, namun aku, bangun seperti tiada berlaku apa-apa.

Housemate ku hairan, namun sekali lagi aku menganggap tiada apa2 yang perlu difikirkan.

2016, tahun yang sentiasa segar dalam ingatan kerana segalanya terbongkar. Kebetulan hari tu housemates ku terkena gangguan (kerasukan),

Maka seorang ustaz datang ke rumah kami dan memulakan sesi rukyah. Sebaik saja mendengar rukyah, badan ku terasa panas.

Dada ku berombak kencang dan berasa sangat marah. ustaz mengarahkan seorang lagi housemate ku dan teman lelaki ku yg ketika itu menemani, untuk menjaga ku dan membawa aku masuk ke dalam bilik sementara ustaz merawat housemate ku.

Usai rawatan housemate ku, ustaz Cuba untuk merawat ku, namun seingat ku, aku hilang kawalan, aku berterusan memaki hamun ustaz itu, dan aku menghumban teman lelaki ku ke pintu.

Perasaan ketika itu sangat pelik, seolah hilang kawalan, semua percakapan dan perbuatanku bukan la keinginanku, namun aku sangat mengingati kejadian itu.

Akhirnya setelah sejam lebih sesi rawatan, ustaz berjaya menenangkan ku. Ustaz itu mengatakan, bahawa sesi rukyah yang pertama itu seakan2 “mengaktifkan” sesuatu dalam diriku, iaitu Saka.

Dan aku menceritakan kepada ustaz kejadian pelik dimana aku seolah-olah kebal apa bila terlibat kemalangan, ustaz itu hanya menggeleng kepala dan berkata, adakalanya saka keturunan ini melindungi tuannya dari sembarang kecelakaan.

Aku terkejut kerana tidak menyangka aku la yang mewarisi saka dari ayahku. Ustaz itu bertanya sama ada aku hendak membuang saka itu, dan aku bersetuju kerana aku tidak mahu untuk syirik dan mempunyai benda seperti ini.

Ustaz itu berjanji akan datang keesokan harinya untuk merawatku. Namun, setelah aku menunggu lebih 3 hari, ustaz itu langsung tidak datang, dan bila aku menelefonnya, ustaz itu mngaku dia tidak mampu untuk membantu aku membuang saka ku kerana terlalu kuat.

Bermula la episode dimana aku seperti setengah gila, aku kerap terlihat lembaga, makhluk berbagai rupa.. Seolah masa itu hijabku terbuka, fikiran ku kerap melayan.

Aku seperti mayat hidup, susah tidur, selera makan hilang, badan ku mula susut, pipiku cengkung, aku kerap kerasukan.

Fokus belajar ku hilang sehingga aku hampis dismissed dari U kerana pointer ku jatuh mendadak.

Aku juga kerap meracau, mood swing sangat ketara, sedang seronok ketawa aku akan tiba2 menangis. Masa itu aku beranggapan aku “sakit” dan aku rahsiakan perkara ini dari keluarga ku.

Tidak lama kemudian, rakanku menyarankan untuk berjumpa seorang lagi perawat, perawat ini mengatakan akan merawatku selama 3 hari dan aku kena mandi dengan air rawatannya.

Hari pertama mandi dengan air yang dibacakan dan diperah limau, dan kain yang ku pakai ketika dimandikan hendakla dibuang ke sungai yang mengalir atau ke lautan.

Hari ke dua dimandikan dengan 7 jenis batang berduri, dan hari terakhir dimandikan dengan 7 jenis bunga. Bayangkan baju ku selama 3 hari dibuang begitu saja, huhu.

Selepas sesi rawatan, Alhamdulillah keadaan ku beransur pulih. Tapi ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tangah hari, aku kembali “sakit”.

Coretan ini akan ku sambung lagi sekiranya pembaca ingin tahu kejadian sterusnya kerana ku rasa tulisan kali ini sudah agak panjang.

Sehingga kini, aku masih berjuang untuk menyinggkirkan saka yang ada dalam diriku, kerana saka ini membuat ku tidak tenang, aku sentiasa rasa “panas” setiap kali mendengar ayat suci Al-Quran dan ini membuatkan aku sedih,

Dan saka ini membuatkan aku tidak fokus dengan kehidupan ku, kerap berasa marah yang melampau dengan suami ku walau pun beliau tidak berbuat salah.

Doakan aku kuat melawan syaitan di dalam diriku.

– FNA (Bukan nama sebenar)

Confessions

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir