Mainan syaitan

Terima kasih kerana menyiarkan cerita saya. Sy Sya(bukan nama sebenar) ingin berkongsi kisah hidup sy. Sy berumur 18 tahun dan penuntut di iium. Pada tahun 2013 iaitu sy berumur 13 tahun, sy diuji dengan sesuatu yg tidak pernah sy duga dlm hidup sy.

Sy diuji dengan mainan sihir oleh org2 yg berdekatan dgn sy. Hanya kerana sebab marah dengan teguran bapa sy yg melarang beberapa pemuda yg sering melepak di halaman rumah sy pada waktu malam hampir setiap hari. Sejak dari kejadian itu, sy sering merasakan ada benda yg tidak kena dgn diri sy. Sy selalu rasa diperhatikan malah ada kalanya sy seperti melihat kelibat tapi sy hanya diamkan. Pada awal bulan 3 segalanya bermula. Sy terjadi histeria di rumah sy pada waktu magrib dalam tempoh yg lama. Dari magrib sehingga hampir 12 tgh mlm. Bermula dari malam itu, hampir setiap hari sy akan histeria terutamanya apabila sy jauh daripada kedua ibu bapa sy. Apabila sy ke sekolah, sy akan diserang. Ada kalanya sy seperti tidak mengenali org disekeliling sy. Berpuluh rawatan islam telah kami kunjungi namun semuanya tidak membuahkan hasil dan keadaan sy semakin hari semakin teruk sehingga sy diberikan cuti oleh jabatan selama beberapa bulan.

Dalam masa tersebut, sy boleh melihat dan bercakap dgn org yg sudah mati. Sy boleh nampak jin2 yg dihantar oleh tuan2 mereka ke rumah sy utk menambahkan lg kekuatan sihir tersebut. Sy hnya mmpu melihat tanpa boleh bercakap. Keadaan di rumah sy jugak teruk sehinggakan sy x boleh nk berada dlm rumah. Bermacam bunyi bunyian yg menggerunkan di dlm rumah. Ramai sanak saudara sy yg dtg melawat sy juga mengatakan rumah benda yg sama. Ada juga di antara jiran2 sy mengatakan yg mereka hairan dimana sy dan keluarga kerana rumah sy kosong dan kelihatan usang.

Perkara yg masih segar dalam ingatan sy sehingga kini ialah pada suatu hari sy sedang tidur dlm bilik dan ditemani oleh kakak keempat sy. Sy tidak tahu apa yg berlaku berikutan keadaan sy yg teramat lemah pada ketika itu. Tiba-tiba sy terdengar bunyi dentuman yg sgt kuat dari ats rumah. Sy meluru bangun utk pergi melihat namun dihalang oleh kakak sy. Sy berkeras dan menolaknya lalu pantas berlari keluar. Apa yg sy lihat sgt menyedihkan. Abah sy jatuh dari siling rumah ketika dia berada di atas utk menabur garam. Jatuh dari siling dengan mata berdarah dan badan yg cedera. Kemudian sy melihat beberapa ekor jin turun melalui tempat abah sy jatuh sambil senyum kepada sy. Sungguh, sy hnya mampu melihat. Sy x mampu nk berbuat apa2. Ada satu hari sy berkeras utk ke sekolah setelah sekian lama bercuti. Dan hari itu sy turut diserang. Pada ketika itu pelajar tingkatan 5 sedang menduduki peperiksaan percubaan spm. Dan tanpa disedari sesiapa sy telah hilang dan mereka menjumpai sy berada di blok tingkatan5 yg sunyi. Kemudian sy hilang lgi dan berlari ke pagar sekolah. Pengawal sekolah telah dimaklumkan oleh guru dgn keadaan sy dan mereka bertindak menutup pagar. Namun tidak disangka sy melompat ke luar pagar yg boleh dikatakan tidak logik jika seorang pelajar perempuan berbaju kurung sekolah utk melepasi pagar tersebut. Sy berlari ke jln raya dan kemudian ditemui di sekitar istana. Sy pernah hampir utk terjun daripada tingkat 3 dan diselamatkan oleh senior tingkatan 5. Terlalu banyak peristiwa yg sy alami dalam masa tersebut.

Setiap kali sy pergi berubat, sy akan ditemani oleh kedua ibu bapa sy dan juga ibu2 dan bapa2 saudara. Setiap kali pulang dari berubat, abah sy akan dtg kepada sy smbil pegang tangan sy dan berkata, “abah mintak maaf, sebab abah, adik jadi macam ni. Kalau abah boleh ubah, abah x kan bagi adik kena mcm ni”, sedihnya hati sy setiap kali abah cakap seperti itu. Setiap kali sy pulang berubat, badan sy akan lemah, lebam2 dan ada kalanya sehingga berdarah. Sy pernah hendak dirujuk ke psikologi dan hampir didiagnos kan sebagai sakit mental. Hampir semua yg menerima sy utk berubat hanya bertahan sekejap sahaja. Mereka memberi alasan tidak mampu kerana sihir ini terlalu kuat sehingga ada yg bertukar no telefon dan berpindah rumah.

Alhamdulillah pada tahun 2012 sy semakin sembuh walaupun tidak sepenuhnya. Ada org yg sanggup utk berubat sy walaupun tahu risikonya. Dengan apa yg berlaku pada ketika itu, kini sy diberikan nikmat oleh Allah utk melihat benda2 ghaib tersebut.

Hampir 6 tahun benda ini berlaku, namun sehingga kini sy sukar memberikan maaf kepada mereka. Bukan kerana dendam, tapi perbuatan mereka terhadap keluarga sy dan seluruh keturunan sy sgt memberi kesan yg sgt mendalam sehingga hari ini. Insyaallah sehingga tiba masanya, akan ada kemaafan yg benar2 ikhlas utk kalian..
Assalamualaikum

– Sya

Confessions

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir