Tangani gangguan makhluk halus dan gangguan mental

Sebelum ini saya ada berkongsi kisah mengenai gangguan saka. Saya juga ada membaca kisah yang hampir serupa.

Penulisan saya ni sedikit panjang ya dan terima kasih siap2 pada yang sudi membaca sehingga habis.

Penulisan saya kali ini untuk berkongsi pengalaman menghadapi depression,

Serta berkongsi amalan-amalan pendinding diri yang saya amalkan untuk jauhi daripada gangguan-gangguan saka yang menganggu saya serta makhluk halus lain, memandangkan ada yang meminta untuk berkongsi amalan tersebut.

Disclaimer: saya bukan pakar perubatan islam, ustazah mahupun pakar terapi kaunseling, jadi amalan serta cara-cara saya tangani masalah mental yang saya kongsikan adalah dari perubatan islam yang saya jalani sebelum ini, sesi kaunseling serta pengalaman saya sendiri.

Jadi mungkin tidak sesuai dan terpakai untuk semua orang.

Pesanan saya, niat dan keyakinan serta pergantungan perlulah kepada Allah S.W.T. dan ikhtiarlah juga untuk dapatkan rawatan moden juga.

Sebelum saya kongsikan amalan saya ini, saya sarankan rujuk/dapatkan rawatan daripada perawat islam yang bertauliah terlebih dahulu (pastikan yang tidak sesat).

Sebabnya, ada gangguan-gangguan makhluk halus ni perlukan kepakaran untuk “dikeluarkan” dari tubuh badan. Namun, terpulang pada diri sendiri, kerana ini hanyalah pendapat saya sahaja.

Saya tidak boleh menjamin jika amalan-amalan yang saya kongsikan ini berkesan kerana mungkin berbeza ke atas setiap individu.

Amalan-amalan saya adalah berupa wirid, zikir dan doa serta ayat-ayat Al-Quran, dibaca sekurangnya sekali sehari samada lepas solat atau pada waktu lapang.

Di sini saya hanya nyatakan tajuk doa, zikir wirid serta surah, kerana ada yang saya tak dapat nak taip penuh kerana ayatnya panjang. Ada bacaan, saya taip dengan rumi kerana keyboard saya tiada huruf jawi. Jadi segala kekurangan harap dimaafkan.

Ada yang kena baca berulang kali saya da nyatakan bilangannya. Ini hanya rujukan, boleh semak lebih lanjut pada yang pakar atau cari dari sumber-sumber lain:

1. Dimulai dengan Bismillah., kemudian istighfar penuh 4 kali, munajat dzun-nun 8 kali dan penghulu istighfar.

2. Baca doa penyerahan (BISMILLAHI TAWAKKALTU……), baca Syahadah, Surah Al-Imran ayat 16, wirid tauhid 4 kali, zikir akhir zaman 4 kali dan Ismul azam.
Kemudian, rapatkan gigi dan sedut macam sedut straw dan telan air liur. Lepas tu baca selawat dan zikir Hauqalah.

3. Baca doa pelindung diri (A’UZUBIKALIMA TILLAHIT TAMMATI MIN SYARRIMA KHOLAQ) 4 kali, doa perlindungan (A’UZUBIKALIMA TILLAHIT TAMMATI MIN KULLI SYAITHANI WA HAMMAH; WA MIN KULLI A’NILL LAMMAH) 4 kali.

Doa musibah 4 kali, doa Nabi Musa meminta petunjuk 4 kali, Surah Al-Ankabut ayat 30 4 kali, doa perlindungan (BISMILLAHIL LADZI LA ….) 4 kali.

Kemudian, rapatkan gigi dan sedut macam sedut straw dan telan air liur. Lepas tu baca selawat dan zikir Hauqalah.

4. Baca surah Al-Ankabut ayat 41, surah An-Nisa ayat 45, surah An-Nahl ayat 96,surah Al-Anfal ayat 17, surah Az-Dzariyat ayat 42, Surah Al-Fil ayat 5.

Doa musibah 4 kali, doa Nabi Musa meminta petunjuk 4 kali, Surah Al-Ankabut ayat 30 4 kali, doa perlindungan (BISMILLAHIL LADZI LA ….) 4 kali.

Kemudian, rapatkan gigi dan sedut macam sedut straw dan telan air liur. Lepas tu baca selawat dan zikir Hauqalah.

5. Baca zikir tasyahud (MASYA ALLAHU KANA WAMALAM YASYA’ LAM YAKUN WA LA HAULA WA LA QUWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL “A DZIM), zikir munajat, zikir keagungan, ismul azam, selawat 11 kali, tasbih kifarah 4 kali.

Kemudian, rapatkan gigi dan sedut macam sedut straw dan telan air liur. Lepas tu baca selawat dan zikir Hauqalah.

6. Baca doa penutup (ALLAHUMMA LAKA ASLAMTU WA BIKA AMANTU….). Dan baca zikir hauqalah 8 kali.

Kemudian hembus dekat tapak tangan dan sapu di seluruh anggota badan.

7. Kemudian berdoa pada Allah minta perlindungan kesembuhan. Kena yakin dan tawakal.

Nampak seperti banyak, tetapi bila selalu diamalkan akan jadi terbiasa. Kadang-kadang ada hari yang saya tak sempat baca semua, saya baca yang mana saya sempat. Janji kene istiqamah.

Antara amalan tambahan yang saya buat jika sempat, selepas solat subuh, lepas amalan-amalan di atas saya baca surah 3 Qul, dan sedekah subuh, sedekah Al-Fatihah kepada 7 orang (ini saya rujuk dari planner yang saya baru beli, saya akan share nama planner sekejap lagi}

Ingin saya maklumkan juga, walaupun saya dah menjalani rawatan islam, pada masa yang sama saya juga ada mengikuti rawatan terapi kaunseling di pusat terapi swasta (pusat terapi ini adalah panel di syarikat saya bekerja jadi saya mendapat harga staff rate).

Terapi kaunseling yang saya jalani ini so far membantu saya juga dari segi mental saya kerana saya dapat meluahkan masalah-masalah yang terbeban di hati dan bagaimana cara nak handle stress samada di tempat kerja, dengan ahli keluarga mahupun untuk personal growth.

Bagi saya, selagi ada ikhtiar cubalah rawatan moden juga. Saya da ikuti terapi kaunseling ni dari tahun 2020.

Saya telah nekad untuk pastikan jika saya mengalami tekanan perasaan atau depression saya tidak mahu sampai tahap perlu jumpa pakar dan mengambil ubat.

Saya kongsikan sedikit antara cara-cara yang saya buat bila dilanda tekanan perasaan, depression, overthinking dan seumpamanya hasil dari sesi terapi kaunseling dan saya mesti ramai juga da tahu cara-cara ni:

1. Take a deep breath. Buat sampai rasa beban kat kepala dan dada tu ringan. Boleh refer kat Youtube teknik deep breath yang betul dan berkesan.

2. Buat meditasi dalam 10 minit bila suddenly rasa anxiety atau susah nak bernafas. Yg ni boleh tengok di Youtube tajuk meditation for anxiety atau seumpamanya.

3. Buat journaling atau tulis tentang perasaan kita pada hari tersebut. Kalau boleh buat sedikit analisis seperti kenapa ada perasaan macam tu, apa puncanya dan apa cara untuk menanganinya.

4. Self-healing letter. Tulis surat untuk diri sendiri, tulis apa-apa yang nak cakap untuk diri sendiri dan set untuk baca semula bulan depan ke atau hujung tahun ni ke.

5. Keluar dari rumah go for walk atau jogging kat kawasan tasik ke atau tempat-tempat yang santai. Kadang-kadang macam saya tak sempat pergi tasik, saya pergi shopiping mall untuk “window shopping” sebab saya suka.

6. Cari someone yang boleh dipercayai, good listener dan tak judgemental untuk luahkan masalah. Saya 86% seorang introvert jadi hanya orang-orang tertentu sahaja saya berkongsi masalah. Salah seorangnya sudah tentulah pakar terapi kaunseling saya.

7. Paling penting dan memberi kesan besar pada saya; menjauhi mereka dan circle yang toxic dan memberi kesan negative pada saya.

Yang no. 7. ni saya hanya menjauhi tetapi tidak sampai tahap membenci dan bermusuh. Ini adalah kerana tekanan dan depression saya kebanyakan 80% adalah dari tempat kerja.

Disebabkan saya bekerja di environment yang macam ni, nak resign tak boleh sebab perlukan duit nak sara hidup, cari kerja lain tak dapat2 lagi. So apa yang saya buat:

Saya setkan mindset untuk focus goal utama dan put boundaries those yang memberi banyak tekanan pada saya. Saya hanya anggap mereka sebagai rakan sekerja dan bekerja untuk kerja sahaja,

personal things saya letak tepi, jika mereka “being personal rude” dengan saya saya akan usaha untuk pastikan tidak lagi “terserap energy negative dari mereka” sebaliknya mengawal diri saya supaya tidak menjadi lebih toxic dan reject their behavior dengan cara yang berhemah.

And to be honest, proses ini agak lama untuk saya tetapi surely membantu saya sedikit demi sedikit menjadi seorang lebih baik dari sebelumnya. Dan ya, saya memang giat aktif mencari pekerjaan lain juga cuma belum ada rezeki.

Ada banyak lagi tapi ini adalah antara cara-cara yang selalu saya buat. Yang penting, hubungan kita dengan Allah pun kene jaga, solat 5 waktu, jaga hubungan sesame manusia terutamanya dengan ahli keluarga kita. Ini juga adalah peringatan untuk diri saya juga.

Ada sakit yang tak dapat dikesan melalui kaedah perubatan moden jadi kaedah rohani iaitu rawatan islamik digunakan dan begitulah sebaliknya.

Terus terang saya cakap adakalanya saya rasa sedih dan penat. Tetapi saya anggap ini adalah ujian dari Nya, untuk uji keimanan kita dan membuatkan kita sentiasa ingat kat Dia.

Buat saudari yang berkongsi kisah “saka betul ke?” Saya sarankan saudari cuba dapatkan juga rawatan moden, kerana saya pernah terbaca ada juga penyakit yang mana pesakit mendengar suara bisikan dan ada rawatan dan ubat yang perlu diambil.

Sembuh atau tidak wallahualam. Apa-apa pun cuba berikhtiar dan jangan pernah putus asa walaupun rasa penat.

Saya ada menerima komen yang cakap diri saya ini “bersaka”. Saya minta maaf terlebih dahulu andai terkasar, saya tak berapa suka dengan terminologi tersebut kerana seolah2 merujuk yang saya ini sengaja membela saka.

Mungkin juga yang memberikan istilah tersebut tiada niat untuk menuduh saya ni membela saka, tetapi terminologi tersebut seolah-olah memberikan impresi yang sedemikian rupa.

Bagi saya, saka tu cuma panggilan untuk makhluk halus dari spesis jin dan syaitan. Mungkin ayat yang lebih sesuai digunakan seperti “mengakui atau menerima hakikat diganggu oleh saka”.

Jadi, mungkin anda tidak ada saka tetapi tak bermakna takda makhluk halus yang dekat atau ada dalam diri anda.

Sedangkan manusia pun dilahirkan dengan ada qarin termasuklah Rasul, Cuma Baginda, qarin dia adalah beragama islam (Tolong betulkan saya jika salah, kerana ini pun saya dengar dan baca dari ceramah2 serta perkongsian di SOCMED).

Janganlah dianggap dan layan mereka yang kene gangguan saka ini seolah2 mereka ini hina sedangkan mereka juga adalah mangsa gangguan makhluk2 ini, KECUALILAH mereka ni memang ada niat dan sengaja membuat perjanjian dan berkawan dengan makhluk2 ni.

Sebolehnya jagalah tutur kata jika mengetahui orang-orang yang kene gangguan makhluk halus ini. Mereka juga memerlukan sokongan dalam hidup mereka.

Menurut perawat yang merawat saya sebelum ini, saka tidak berjangkit atau menganggu orang yang tiada pertalian darah dengan mangsa. Mereka hanya menganggu nasab keturunan mangsa sahaja, WALLAHUALAM.

Kesimpulan yang saya boleh buat, walau apa pun jua cabaran dan dugaan yang dihadapi, jangan mengalah jangan berputus asa, bangun dan bangkitlah untuk terus maju dalam kehidupan kita. Setiap masalah ada cara dan penyelesaianya.

Saya doakan semoga anda yang sedang mengharungi masalah-masalah, diberikan kemudahan dan kesembuhan. Sebelum saya akhiri, saya juga ingin membaca perkongsian pengalaman dari pakar perubatan islam serta pakar terapi kaunseling juga jika ada.

Sekian terima kasih.

– Cik Ma (Bukan nama sebenar)

Confessions

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir