Syaitan keluar apabila surah al-Baqarah dibacakan di dalam rumah

بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Surah al-Baqarah Ayat 1 – 286

ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ

Tafsir (ringkas)

Surah al-Baqarah banyak menceritakan tentang sifat-sifat Yahudi. Kita pun kenalah tahu apakah masalah mereka. Kita kena faham yang Allah ﷻ bukan marah ‘bangsa Yahudi’, tapi ‘sifat Yahudi’. Kerana ada yang baik dari kalangan mereka dan isteri Nabi pun ada yang daripada bangsa Yahudi.

Yang tidak boleh diikuti adalah perangai mereka. Orang Melayu pun boleh jadi ada perangai macam itu. Dan yang Allah ﷻ marah adalah perangai itu. Takut kita pun ada perangai macam yang dikutuk dalam Al-Qur’an itu.

Ada hubungan yang berkait rapat (robtus suwar) antara Surah al-Fatihah dan Surah al-Baqarah. Kerana susunan Surah Baqarah itu terletak selepas Surah Fatihah dan susunan ini adalah tawqifi – maknanya susunan itu dari Allah ﷻ dan bukan Nabi ﷺ susun sendiri. Bukan Nabi ﷺ buat sendiri tapi dipandu oleh Allah ﷻ dan tentunya ada hikmah kenapa ianya disusun sebegitu.

Kerana, kalau diikutkan susunan dari masa diturunkan, tentulah bukan Surah al-Baqarah yang mula sekali diturunkan. Oleh kerana itu, ulama’ telah ramai yang mengkaji kaitan antara Surah al-Fatihah dan Surah al-Baqarah.

Antara yang memberi pendapat adalah seorang ulama’ yang bernama Al-Razi. Dia mengaitkan antara ayat terakhir Surah al-Fatihah dan awal Surah al-Baqarah. Ayat Surah al-Fatihah berakhir dengan صِراطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ Maka Allah ﷻ hendak menjelaskan tentang empat golongan itu.

Dan di awal Surah al-Baqarah memang menerangkan beberapa golongan yang dimaksudkan dalam Surah al-Fatihah itu. 5 ayat pertama tentang mereka yang diberi nikmat. Mereka diberi nikmat itu kerana sifat mereka, bukannya kerana keturunan mereka dan sebagainya. Oleh itu, kalau kita nak dapat macam mereka dapat, maka kena bersifat seperti mereka.

Ayat 6 dan 7 adalah tentang golongan yang dimurkai, iaitu golongan Musyrikin dan Yahudi. Allah ﷻ kunci hati mereka kerana kedegilan mereka. Maka jangan kita degil macam mereka.

Ayat 8 – 16 tentang golongan munafikin.

Ayat 17 dan 18 adalah bandingan antara Yahudi dan musyrikin. Supaya kita senang tahu siapakah Yahudi dan siapakah musyrikin.

Ayat 19 – 20 pula adalah bandingan kepada golongan munafikin.

Jadi 20 ayat pertama dalam Surah al-Baqarah ini adalah untuk menjelaskan siapakah golongan yang empat itu.

Satu lagi kaitan Surah al-Baqarah dengan Surah al-Fatihah adalah kita telah meminta hidayah dalam Surah al-Fatihah – اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ Maka Allah ﷻ jawab yang hidayah itu ada dalam Al-Qur’an dalam ayat ذٰلِكَ الكِتابُ لا رَيبَ ۛ فيهِ ۛ هُدًى لِلمُتَّقينَ Kita hendak jalan yang lurus yang menepati kehendak Tuhan. Nak tahu, kena belajar tafsir Al-Qur’an.

Kaitan yang ketiga adalah persamaan dalam Dakwa kedua-dua surah. Dakwa Surah al-Fatihah adalah tauhid fi ibadah dan tauhid fi dua’. Dalam hadis telah disebut yang doa itu adalah otak kepada ibadah. Dan Doa itu adalah ibadah sebenarnya. Jadi hamba kena sentiasa, setiap waktu meminta pertolongan kepada Allah ﷻ. Dan dimanakah Dakwa Surah Al-Baqarah? Ayat 21:

يا أَيُّهَا النّاسُ اعبُدوا رَبَّكُمُ الَّذي خَلَقَكُم وَالَّذينَ مِن قَبلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقونَ

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

Inilah maksud terpenting yang Alah ﷻ hendak beritahu kepada semua pembaca Al-Qur’an iaitu untuk sembahlah Allah ﷻ. Dan bukan sembah dalam maksud biasa, tapi dalam bentuk tauhid.

Iaitu sebenarnya, ia menyentuh tentang mentauhidkan Allah ﷻ. Ibn Abbas pernah berkata yang setiap lafaz ‘ibadat’ dalam Al-Qur’an bukan bermaksud sembarangan. Sebab lafaz ‘ibadat’ boleh jadi macam-macam. Sebagai contoh, Musyrikin Mekah pun buat ibadat juga tapi Allah ﷻ kata mereka itu Musyrikin. Kerana mereka buat ibadat tapi dalam pada itu mereka buat syirik juga.

Oleh itu, kata Ibn Abbas, setiap lafaz ibadat dalam Al-Qur’an bermaksud ‘Tauhid dalam ibadat’. Bukan ibadat yang bercampur antara ibadat kepada Allah ﷻ dan kepada selain Allah ﷻ. Macam masyarakat kita, mereka solat juga tapi masih jumpa bomoh dan seru selain Allah ﷻ.

Jadi, ada tiga kaitan antara Surah Fatihah dan Baqarah :

  1. Al-Baqarah menjelaskan 4 golongan yang disebut dalam ayat صِراطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ
  2. Al-Baqarah menjelaskan bagaimana hendak mendapatkan jalan yang lurus seperti yang kita minta dalam ayat اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ
  3. Dakwa Surah yang sama dalam al-Fatihah dan al-Baqarah.

Kelebihan Surah ini:

Hadis mengatakan bahawa jikalau Surah al-Baqarah dibacakan di dalam rumah, jin syaitan akan keluar dari rumah itu.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

“Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.”

Riwayat Muslim 780 dan al-Nasa’ie 10735

Menurut Ibnu Mas’ud pula, katanya:

إِنَّ الشَّيْطَانَ إِذَا سَمِعَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ تُقْرَأُ فِي بَيْتٍ، خَرَجَ مِنْهُ

“Sesungguhnya syaitan, apabila mendengar surah al-Baqarah dibacakan di dalam rumah, maka dia akan keluar daripada rumah tersebut.”

Riwayat al-Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir 8642 dan al-Darimi 3422

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir