Sihir! Tak kelakar bila kau hadapi sendiri

Aku sudah berkahwin 14 tahun. 7 tahun pertama struggle. Sebab apa?

Sebab aku sakit. Sakit misteri. Aku keluar masuk hospital, tapi MRI dan CT Scan tidak menunjukkan sebarang indikasi kesakitan. Keputusan semua normal.

Tapi badan aku sakit seperti ada sesuatu. Kepala aku berat seperti ada batu. Setiap kali aku nak tidur, kaki aku seperti dicucuk cucuk.

Kalau suami aku tak ngajikan aku sebelum tidur bermakna aku tidak boleh tidur sendiri. Ya, nampak macam kelakar? Tak, tak kelakar jika kau hadapi sendiri.

Nak dijadikan cerita rumah 2 tingkat aku juga seperti berhantu. Hari pertama aku tidur, aku ditolak jatuh katil. Lebam kaki. Ditolak dari belakang ketika menuruni tangga. Bunyi guli dan bermacam gangguan ada.

Suami aku baik. Sebaik baik malaikat. Tidak pernah meninggi suara. Tak pernah marah aku. Tak pernah demand apa apa. Tapi sebabkan gangguan, aku sering marah suami. Entahlah rasa benci.

7 tahun pertama inilah kerja aku berubat. Berulang ke darusshifa. Sehingga akhirnya sakit itu kian berkurangan.

Dan suami juga belajar perubatan islam dan telah ditauliahkan. Cuma dia tak rawat orang kebanyakan. Memang niat belajar untuk rawat aku, isterinya sahaja.

Suami aku pegawai kerajaan. Masa tu dia kena buat DPA. 6 bulan. Kemudian khursus IDFR untuk posting ke luar negara. Bermula episod dia kawan tapi mesra dengan perempuan isteri orang.

Dia berbalas whats app tengah malam. Ya, suami dan lelaki yang baik juga terbabas perbuatan. Tidaklah ke peringkat yang teruk sebab aku kesan simptom curang tu di tahap awal.

Pelik sebab suami aku bawa hp dia ke mana mana. Hatta ke bilik air. 4 pagi aku dapat hp dia dan baca whats app yang dia mahu jumpa teman tapi mesra breakfast bersama.

Aku rasa nak padan muka diri sendiri. Sebab bagaimana seorang suami yang baik boleh buat begini? Dia pi khursus itu ini berbulan bulan.

Aku jaga anak sorang sorang. Dengan sakit gangguan lagi. Aku waktu itu kerja di sektor perbankan dengan gaji tinggi. 5 angka. Jadi boleh cover gaji suami yang tidaklah tinggi mana sewaktu mula mula beliau kerja kerajaan.

Tapi suami yang baik, dia tahu dia tersasar. Dia menagis minta maaf. Bertaubat. Janji tidak ulangi. Lagipun dia kata baru simptom awal.

Tidak ada apa apa perbuatan yang mencemar maruah.

Selepas itu, aku tidak mahu tanggung apa apa perbelanjaan rumahtangga. Dia lunaskan semua. Berkerja keras membina semula kepercayaan. Suami yang baik, dia benar benar mengotakan janjinya.

Dia layan aku jauh lebih baik. Semua keperluan aku disediakan. Kemudian aku ikut dia posting ke beberapa buah negara. Masih, masih baik.

Pisang tidak berbuah dua kali nampaknya. Anak anak juga membesar bersama kasih sayang ayah yang tidak tolak bandingnya. Aku mengandung dan bersalin bagai ditatang minyak yang penuh.

Bab kerja dia memang amanah. Bertanggungjawab. Hasil risikan aku pada anak buah dia (staff suami), suami di tempat kerja menang fokus kerja, tidak main kayu tiga.

Alhamdulillah. Allah pemegang hati manusia.

Pengajaran,

– Suami/isteri yang baik akan diuji. Bila diuji dan nampak simptom terbabas, cepat cepat lah sedar dan masuk landasan benar semula

– Gangguan/sihir itu wujud. 7 tahun itu juga aku tidak kenal nikmat bersama suami. Aku terus terang, aku tidak klimaks. Aku berpura pura klimaks untuk jaga hati suami

– Aku tak jumpa bomoh. Pesan Ustaz Ismail Kamus, jangan jumpa bomoh. Aku tak tahu mana datang kekuatan (tentulah dari Allah) aku hanya berulang alik ke darusshifa. Waktu sakit kemuncak seminggu 7 kali aku ke darusshifa.

Aku tidak diuji dengan histeria. Tapi kesakitan fizikal yang tidak dapat dibuktikan dengan sains teknologi. Ada waktu sakit kepala, kemudian sakit perut. Lepas tu sakit kaki seperti lumpuh. Sakit yang teramat sakit.

Ubat hospital tidak mengurangkan kesakitan aku selepas banyak episod keluar masuk hospital untuk mengenal punca

– Akhirnya selepas 7 tahun, Allah tarik sakit. Hilang! Hilang terus semua. Maksudnya aku sudah boleh tidur sendiri tanpa suami ngajikan aku hingga tertidur. Aku dapat anak pertama selepas 7 tahun. Anak kedua, ketiga dan keempat selang 2 tahun antara mereka

– Aku rasai nikmat bersama suami selepas 10 tahun. Aku berseloroh pada suami “ayg rasa dia dah huraikan simpulan sihir supaya ayg tak dapat bersama abg kot”.

Pertama kali klimaks aku menangis. Tidak terbayang kasih sayang suami isteri yang bersama kerana nikmat kasih sayang tu.

Allahuakhbar. Perkara yang aku syukur, kami tidak terjebak dengan zina atau ketelanjuran dengan orang lain. Allah benar benar jaga kami yang hina ini

Terima kasih membaca coretan aku.

– Y (Bukan nama sebenar)

Confessions

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir