Your cart is currently empty!
Doa ahli A’raf tidak bersama orang-orang yang zalim
بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
رَبَّنا لا تَجعَلنا مَعَ القَومِ الظّٰلِمينَ
Rabbanā lā taj‘alnā ma‘al-qaumiẓ-ẓālimīn(a).
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim”
Surah al-A’raf Ayat 47
ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
Tafsir
Tadi mereka lihat ke syurga dan beri salam kepada ahli syurga, sekarang mereka ditunjukkan kepada ahli neraka pula.
وَإِذا صُرِفَت أَبصٰرُهُم تِلقاءَ أَصحٰبِ النّارِ قالوا رَبَّنا لا تَجعَلنا مَعَ القَومِ الظّٰلِمينَ
“Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim”.
وَإِذا صُرِفَت أَبصٰرُهُم تِلقاءَ أَصحٰبِ النّارِ
“Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka,”
Ini adalah apabila dialihkan pandangan mata kepada penghuni neraka pula. Lihatlah bagaimana pandangan mereka ‘dialihkan’. Maknanya, bukan mereka ingin melihat neraka itu, kerana mereka tidak sanggup tetapi mereka akan dialihkan pandangan ke sana. Allah ﷻ mahu tunjukkan juga neraka dan ahli neraka kepada mereka. Ini adalah sebagai azab juga untuk mereka.
Lafaz تِلقاءَ yang digunakan dalam ayat ini bermaksud mereka ditunjukkan dengan jelas keadaan dalam neraka itu. Bukan melihat dengan ekor mata sahaja. Allah ﷻ mahu berikan mereka rasa takut sangat dengan keadaan dalam neraka itu.
قالوا رَبَّنا لا تَجعَلنا مَعَ القَومِ الظّٰلِمينَ
“mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim.”
Apabila mereka nampak ahli neraka, mereka cepat-cepat berdoa supaya mereka tidak dimasukkan jadi golongan ahli neraka itu. Kerana mereka itu sedang duduk di tengah, maknanya mereka boleh jatuh ke neraka atau naik ke syurga. Mereka sedang dalam keadaan yang amat takut. Mereka cepat-cepat berdoa supaya janganlah mereka dimasukkan ke neraka.
Dengan ahli syurga mereka beri salam, tetapi dengan ahli neraka mereka tidak beri salam pun. Kerana memang tidak sesuai pun kalau beri salam kepada ahli neraka. Ahli Neraka mana ada dapat kesejahteraan, bukan? Ini adalah seperti mengucapkan RIP (Rest In Peace) apabila Ratu Elizabeth mangkat. Dia tidak akan dapat “peace” (kesejahteraan) pun dalam kuburnya itu.
Ahli A’raf pun sebenarnya tidak mahu bercakap dengan ahli neraka kerana mereka tidak mahu ada kena mengena langsung dengan ahli neraka itu. Sama seperti kita nampak kumpulan “punk” di tepi jalan, hendak beri salam pun kita tidak selera, mahu cepat-cepat pergi dari situ sahaja, bukan?
Oleh itu, mereka terus berdoa kepada Allah ﷻ, jangan jadikan mereka bersama golongan zalim yang duduk dalam neraka.
Leave a Reply