Doa Nabi Isa diturunkan hidangan dari langit

بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

اللَّهُمَّ رَبَّنا أَنزِل عَلَينا مائِدَةً مِّنَ السَّماءِ تَكونُ لَنا عيدًا لِّأَوَّلِنا وَءآخِرِنا وَءآيَةً مِّنكَ ۖ وَارزُقنا وَأَنتَ خَيرُ الرّٰزِقينَ

Allāhumma rabbanā anzil ‘alainā mā’idatam minas-samā’i takūnu lanā ‘īdal li’awwalinā wa ākhirinā wa āyatam minka warzuqnā wa anta khairur-rāziqīn(a).

“Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit supaya menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rezekilah kepada kami, dan Engkaulah pemberi rezeki Yang Paling Utama.”

Surah Ali-Imran Ayat 114

ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ

Tafsir

Setelah mendengar alasan-alasan mereka, maka Nabi Isa telah berdoa juga kepada Allah ‎ﷻ.

قالَ عيسَى ابنُ مَريَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنا أَنزِل عَلَينا مائِدَةً مِّنَ السَّماءِ تَكونُ لَنا عيدًا لِّأَوَّلِنا وَءآخِرِنا وَءآيَةً مِّنكَ ۖ وَارزُقنا وَأَنتَ خَيرُ الرّٰزِقينَ

“Isa putera Maryam berdoa: “Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit supaya menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rezekilah kepada kami, dan Engkaulah pemberi rezeki Yang Paling Utama.”

قالَ عيسَى ابنُ مَريَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنا أَنزِل عَلَينا مائِدَةً مِّنَ السَّماءِ

“Isa putera Maryam berdoa: “Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit”

Dalam ayat ini, antara lain, Allah ‎ﷻ hendak tsabitkan yang Nabi Isa itu bukan tuhan kerana jika baginda itu tuhan, kenapa baginda perlu berdoa kepada Allah ‎ﷻ pula, kenapa tidak dibawa sendiri sahaja hidangan itu?

‘Maidah’ itu bermaksud hidangan yang lengkap dari langit.

تَكونُ لَنا عيدًا لِّأَوَّلِنا وَءآخِرِنا

“akan menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami,”

Supaya hidangan itu menjadi nikmat untuk mereka bergembira bagi orang pada zaman mereka dan nikmat untuk diketahui oleh orang-orang selepas mereka. Maka kerana ia peristiwa penting, maka boleh diperingati sebagai salah satu dari hari raya mereka (eid).

Inilah kisah yang selalu kita dengar dan lihat gambarnya dalam filem – The Last Supper.

وَءآيَةً مِّنكَ

“dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau;”

Dan sebagai satu bukti daripada Allah ‎ﷻ, iaitu Allah ‎ﷻlah sahaja yang boleh memberikan hidangan seperti ini dan yang memintanya tentulah seorang Nabi yang benar. Ia juga bertujuan agar manusia percaya kepada Allah ‎ﷻ dan kepada baginda.

وَارزُقنا وَأَنتَ خَيرُ الرّٰزِقينَ

“dan beri rezekilah kepada kami, dan Engkaulah pemberi rezeki Yang Paling Utama.”

Dan akhir sekali doa Nabi Isa itu adalah memohon rezeki daripada Allah ‎ﷻ. Kemudian baginda memuji Allah ‎ﷻ kerana jika bukan Allah ‎ﷻ yang berikan, tentu tidak ada rezeki langsung. Allah ‎ﷻ lah yang sebaik-baik pemberi rezeki. Tidak ada lagi selain Allah ‎ﷻ yang boleh memberi rezeki. Maka ini adalah salah satu daripada adab dalam berdoa. Hendaklah memuji Allah ‎ﷻ dalam doa kita.

Soalan: bolehkah amalkan doa ini? Ada juga yang bertanya sebegini.

Memang secara umum doa-doa di dalam Al-Qur’an adalah yang terbaik. Akan tetapi kena tengok juga konteks ayat itu. Setelah kita belajar maksud surah ini, tahulah kita kisah penurunan surah ini. Maka ini adalah permintaan khusus daripada Nabi Isa di atas permintaan umat baginda. Dan yang diminta adalah makanan yang turun terus dari langit. Terus siap boleh dimakan. Maka ia adalah mukjizat dan kita manusia biasa memang tidak akan dapat mukjizat seperti ini.

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir