Doa keampunan hamba dan terpelihara dari azab neraka

بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

رَبَّنا إِنَّنا ءآمَنّا فَاغفِر لَنا ذُنوبَنا وَقِنا عَذابَ النّارِ

Rabbanā innanā āmannā fagfir lanā żunūbanā wa qinā ‘ażāban-nār(i).

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka;”

Surah Ali-Imran Ayat 16

ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ

Tafsir

Ini adalah sambungan tentang hamba yang sedang menuju ke syurga seperti yang telah disebut dalam ayat sebelum ini. Inilah sifat dan doa mereka. Allah sedang perhati apa yang mereka lakukan. Marilah kita ikuti mereka dan semoga kita semua termasuk dalam kelompok ini.

الَّذينَ يَقولونَ رَبَّنا إِنَّنا ءآمَنّا

“orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman,”

Mereka mengaku beriman sebelum berdoa meminta ampun. Ini bermaksud mereka bertawasul dengan iman. Mereka menggunakan iman mereka untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah ﷻ.

Inilah jenis tawasul yang dibenarkan dan digalakkan. Bukannya tawasul dengan Nabi, wali dan malaikat yang banyak dilakukan oleh masyarakat kita. Bukanlah semua tawasul tidak dibenarkan. Cuma kena tahu dan belajar manakah jenis tawasul yang dibolehkan. Belajarlah, jangan ikut sahaja apa yang orang lain buat.

فَاغفِر لَنا ذُنوبَنا

“oleh itu, hapuskanlah dosa-dosa kami;”

Kita kena sedar yang kita banyak dosa dan kita berharap sangat Allah ﷻ ampunkan dosa kita. Bukan ampunkan sahaja, tetapi maksud ghafara adalah tutup terus dosa itu, jangan sebut-sebut lagi. Maka kalau Allah ﷻ telah tutup, maka tidaklah kita malu di akhirat kelak.

Kerana hanya Allah ﷻ dan kita sahaja yang tahu. Kalau Allah ﷻ tidak tutup, maka dosa itu akan dipampangkan dan semua akan tahu, maka tentulah kita akan malu, bukan?

وَقِنا عَذابَ النّارِ

“dan peliharalah kami dari azab neraka;”

Kita kena doa kepada Allah ﷻ supaya selamatkan kita dari masuk neraka. Kita tak mahu duduk walau sekejap pun. Lihat, dengar dan cium sedikit pun neraka itu kita tidak mahu.

Oleh itu, kita minta kepada Allah ﷻ supaya berilah kepada kita sifat boleh meninggalkan dosa. Kerana kalau asyik buat dosa sahaja akan menyebabkan kita kena masuk neraka sebab neraka adalah tempat cuci dosa.

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir