Your cart is currently empty!
Pengalaman berhadapan dengan sihir dan ikhtiarnya
Assalamualaikum wbt buat semua pembaca yang budiman. Sedikit tentang diriku yang diagnosis kan ada sihir oleh beberapa perawat sejak hampir 5 tahun yang lalu.
Antara tanda-tanda awal yang aku alami adalah batuk berdarah beberapa bulan, demam on off setiap minggu hampir 2 tahun, malas beribadah,
Sentiasa baran dan benci melihat semua orang termasuk ibu/ adik beradik serta pasangan sendiri, mimpi ngeri setiap malam, badan lebam-lebam bila bangun dari tidur dan lain-lain lagi.
Mulanya aku tak perasan pun, sampai satu ketika ada seorang hamba Allah ni datang bagi tau dia cakap aku ni sebenarnya kurang sihat dan minta aku pergi berubat.
Maka bermulalah aku berubat ke sana sini selama hampir 2 tahun kemudiannya.
Kini keadaan hampir pulih dalam 80%. Tiada lagi batuk berdarah dan sangat susah untuk demam dalam tempoh setahun kebelakangan ini. Tidur malam juga makin lena, cuma sesekali masih mimpi bukan-bukan.
Aku ingin kongsikan pengalaman aku berjumpa perawat yang mungkin berguna untuk anda di luar sana yang mungkin mengalami masalah seperti aku:-
1. Sebelum berjumpa mana-mana perawat, buatlah solat tahajud/ taubat/ hajat, mohon sekiranya perawat dan kaedah perawatannya itu Allah reda sebagai asbab kesembuhan, mohon permudahkan urusan untuk berjumpa.
Juga niat yang sama sebelum kaki melangkah keluar rumah. Kemudian baca,
بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
Niatkan jumpa perawat adalah sebagai usaha untuk kesembuhan dan mohon keredaanNya dalam usaha kita. Sentiasa ingat, perawat hanya asbab, penyembuh tetap Dia.
Ini sangat penting, sebab kita tak tahu sebenar-benarnya latar belakang perawat kita. Hanya Allah Maha Mengetahui.
Alhamdulillah, yang aku sendiri alami, sekiranya perawat itu bukan yang ok dan caranya mungkin ada bercanggah dengan rawatan Islam, hati aku jadi tak sedap dan memang tak pergi dah lepas tu.
2. Amalkan Solat Taubat/ Tahajud/ Hajat seboleh-bolehnya setiap malam. Al Quran wajib dibaca setiap hari. Kalau dapat bacalah surah Yassin, Ar Rahman, Al Waqiah & Al Mulk setiap pada selepas subuh..
Hadiahkan pada diri sendiri, ibu bapa, adik beradik, pasangan, rakan-rakan dan sebagainya termasuk juga kepada orang-orang yang telah menganiaya dan menyihir kita. Mohon agar kita sama-sama beroleh keberkatan ayat-ayat suci Al Quran.
3. Baiki bacaan Al Quran dengan bersungguh-sungguh terutama dan bacalah dengan tajwid yang betul. InshaAllah anda akan dapat rasa perubahannya. (Aku memang cari ustazah dan join group tadarus setiap minggu).
4. Kalau boleh, setiap kali lepas Asar, bacalah ayat-ayat rukyah, boleh google (ayat-ayat rukyah pdf) dan hadiahkan pada diri sendiri.
Bila tajwid dah betul, kita lagi confident nak baca rukyah untuk diri sendiri. Atau pun korang boleh baca sambil pasang apps Smart Quran untuk semak bacaan. Mesti baca dengan betul tau. Ini wajib.
5. Dapatkan juga rawatan doktor seperti ujian kahak/darah dan sebagainya apabila sakit. Aku memang dah buat semua tu dan memang ada juga campur masalah kesihatan. Sekarang Alhamdulillah badan dah makin sihat.
6. Berfikiran positif, sentiasa berusaha untuk perbaiki ibadah dan diri sendiri serta elakkan dari berfikir tentang siapa yang telah menghantar sihir kepada kita.
Kita kena ingat, jika benar sihir itu berlaku kepada kita, ianya atas izin Allah jua dan pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya (contoh macam aku dulu mengaji tajwid tak ambil berat pun, asalkan boleh baca aje).
Aku rasa cukup di sini perkongsian pengalaman aku dan sihir. Aku pun dah jarang sangat-sangat jumpa perawat/ ustaz lepas buat rukyah untuk diri sendiri tu. Mungkin juga itu yang Allah izin setakat ni untuk aku. Semoga berpanjangan hendaknya.
Semoga dapat membantu serba sedikit kawan-kawan yang mengalami masalah seperti aku. Sesungguhnya sihir itu wujud dan Nabi Muhammad SAW jua pernah terkena sihir selama 40 hari (boleh cari kisah ini ya).
Sekiranya ada kekhilafan dalam tulisan aku ni, aku mohon maaf…. Yang baik itu dari Allah dan kesilapan itu dari aku sendiri jua.
Semoga kita semua diberikan kesembuhan sepenuhnya olehNya suatu hari nanti. Aamiin…
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Confessions
Leave a Reply