Sihir & cara memulihkannya

Assalamualaikum semua, aku teruskan saja ya. Okey tujuan aku tulis confessions ni adalah untuk bagi pendapat aku tentang kes ibu yang anaknya disihir yang viral baru-baru ni.

Aku Neyl sekarang usia 26 tahun, aku nak mula dari macam mana family aku ni dapat detect terkena buatan sihir ni sampai macam mana cara yang rata-rata ustaz bagi untuk kita sembuh. Sihir pasti ada ubatnya.

Oh ya sebelum aku tulis confessions ni aku dh tengok video ibu tersebut & aku tengok dekat fb dia.

Sihir ni biasa berpunca dari ketidakpuasan orang kepada kita. Rata-rata yang disihir memang macam ni.

Mula tahun 1998 sampai 2018. Puncanya, bapak aku ni bersuara lantang. Dia akan tegur kalau benda tu tak betul dia akan cakap lah direct. Sebab ayah bukan jenis berselindung.

Jadi, akibat salah faham ni lah mulanya family aku seorang demi seorang kena. Jadi nasihat saya ibu, ibu cuba selidik ada tak masalah ni berlaku sebelum anak-anak disihi .

Aku teruskan, Benda ni jadi makin pelik bila akak aku mula nampak benda-benda aneh.

Tangan berjalan kat beranda rumah. Hantu cina nak cucuk perut dia. Perempuan kat tepi tingkap waktu maghrib. Macam-macam lagi lah sebab hijab akak terbuka. Bapak aku mulanya tak percaya.

Sebab bapak aku ni asal bandar jadi ada sesetengah orang ni dia tak nak percaya. Dia bawak akak pergi rawat kat hospital.

Masa ni lah akak asik mengadu kat ibu dia nampak benda pelik. Masa ni akak umur dalam 9 tahun. Bila ibu aku mula pujuk berubat. Baru ayah nak. Masa ni lah terkantoi siapa yang buat.

Sampai ada seorang ustaz cakap sebab parents nak tahu. Kalau kau nak tahu siapa yang buat kau laki bini kau berdua buat solat hajat minta petunjuk Allah.

Masa ni parents aku belum tahu siapa buat. Ayah pun tak terfikir pasal hal yang jadi tu.

Lepas je mak dan ayah buat solat hajat diaorang tak cakap sesama sendiri. Kalau tak silap mereka buat 3 hari berturut2.

Masing-masing dapat mimpi. Orang yang sama, ibu ayah mimpi orang yang sama. Baru lah ayah cerita kat ibu punca ni semua jadi.

Lepas akak sakit abang-abang aku semua sakit abang-abang sampai tak pergi sekolah ni sekitar tahun 1999 kalau aku tak silap sebab masa ni aku kecik lagi n aku cuma tengok je bila akak n abang sakit,

Lepastu adik sakit 2009, akhir sekali aku tahun 2012. Benda ni berlarut sampai ayah akhirnya meninggal.

Okey so habis part family aku direct cara memulihkan, setiap kali berubat, ustaz akan remind supaya jaga solat dan jaga wuduk.

Kita tak boleh leka sebab orang terkena sihir ni bila dia leka dia mudah terkena. Siapa pernah disihir dia akan tahu. Jadi tiap kali anak-anak sakit ayah akan bagi tasbih untuk zikir.

Antara ayat2 khusus yang diamalkan pun banyak antaranya bismillah 7, Al-Fatihah 41 kali tiap lepas maghrib, yassin 7 mubin (maaf aku tak pandai eja dalam rumi perkataan ni) banyak lagi ayat2 khusus Al Quran yang boleh dijadikan pendinding.

Minta ibu yang anaknya disihir ni google cari ayat2 yang ada dan perlu diamal. Pastikan sumbernya betul ya ibu.

Kemudian, jika anak boleh solat, pastikan dia solat bila masuk waktu, saya bagi contoh masa saya terkena sihir.

Ayah akan pastikan 10 minit sebelum azan saya akan tukar pakaian bersih, bersuci dan perbaharui wuduk kemudian zikir tanpa henti.

Sekiranya saya ada gangguan sebelum solat seperti dirasuk ibu perlu perbaharui lagi wuduk anak selepas dia sedar dan minta dia teruskan solat.

Ini memang agak sukar sebab masa saya pun saya cuba tolak apa ayah cuba nak suruh. Bukan sebab kita degil tapi sebab gangguan. Tapi ayah akan paksa juga saya.

Hati ibu ayah memang kena cekal. Alhamdulillah rata-rata adik beradik saya yang ikut cara ayah semua pulih dalam masa 1 tahun tapi kami juga usaha dengan cari ustaz yang boleh bantu. Dan Alquran jangan tinggal.

Yang sakit perlu baca quran sebab rata-rata ustaz yang saya jumpa dia akan cakap dia cuma ikhtiar 30% lagi 70% datangnya dari saya. Buka sentiasa orang mengaji didalam rumah. Kalau boleh minta ayah azan didalam rumah setiap kali nak solat.

Oh sebelum saya terlupa, family saya terkena sihir dari siam n orang asli.

Siapa yang tahu dua sihir ni sangat susah untuk di buang, kalau dibuang pasti sisa-sisa masih ada cuma kita kena sentiasa persiapkan diri kita untuk menghadap musuh yang tidak nampak.

Lagi satu ibu, pastikan aurat anak terutama perempuan perlu dijaga, tak kira ibu nak upload di socmed atau semasa perubatan.

Aurat anak perlu dijaga sebaik mungkin ya. Sebab kita tak tahu target penyihir itu apa. Bersabarlah ibu, Allah bersama orang yang sabar dan ikhtiar serta tawakal kepadaNya. Sebaik baik tempat pertolongan adalah Allah SWT.

Sekian sahaja coretan saya, semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mensyirikkan Allah.

Kalau anda ada niat nak teruskan niat menyihir orang kita kena ingat semula rukun iman, rukun islam dan apa tujuan kita hidup diatas muka bumi. Cepat2 istighfar.

Sesungguhnya perasaan dengki hanya akan merosakkan hati kita. Kita akan mati dan apa yang kita hasilkan itu lah yang kita akan bawa ke mahsyar. Nauzubillahiminzalik.

Pohon moga2 anak cucu kita keturunan kita tidak mensyirikkan Allah dan tidak terkena sihir. Aamiin.

– Neyl (Bukan nama sebenar)

Confessions

Lihat juga:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir